Jika kamu gemar berkunjung ke IKEA kerana pilihan kelengkapan rumah yang pelbagai buatan Sweden, kini ada pula produk kecantikan dari Sweden yang pastinya mampu menambat hati kamu dipanggil Gilda Cosmetic.
Baru sahaja masuk ke pasaran Malaysia, ia merupakan produk kecantikan premium yang berasaskan nutrisi buah-buahan serta tumbuhan.
Ditawarkan dalam rangkaian pelbagai pilihan untuk semua jenis kulit dari yang kering, normal hingga ke kombinasi, Gilda Cosmetic memanfaatkan pelbagai ramuan hebat aktif termasuklah AHA yang merupakan asid neutral terbaik -diambil dari tebu, oren, lemon dan lain-lain untuk memelihara dan memulih kulit, ekstrak betik sebagai agen pengelupasan serta teh hijau.
Bukan itu sahaja, Gilda juga menjelaskan bahawa produk mereka menggunakan teknologi micro-encapsulation bagi mejamin vitamin yanng terkandung dalam produk tahan lebih lama dan kekal segar berkesan sebaik disapukan kepada wajah.
Untuk pengetahuan semua, Gilda juga sangat menjaga kualiti dan aspek kebersihan produknya justeru kesemua produk Gilda Cosmetic ditawarkan dalam botol yang dilengkapi punat pam. Selain bisa menjaga kebersihan dan kualiti produk, ia juga mampu membantu pengguna mengawal kadar penggunaan produk bagi mengelakkan pembaziran.
Kini terbukti mengapa kulit wanita Sweden rata-ratanya bersih dan bebas cela. Penulis juga sempat berbual-bual dengan pengasas produk Gilda Cosmetics, Gilda Liljeblad, tentang penjagaan kulit beliau. Menurutnya, beliau sudah membiasakan diri menggunakan produk penjagaan wajah sejak berusia 13 tahun. Dengan itu, kulit sebenarnya mampu membiasakan dengan segala macam kandungan seterusnya terpelihara.
“Lebih baik mencegah daripada memulih”.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/myGildaCosmetic]. Produk jenama Gilda Cosmetic boleh didapatkan menerusi pengedar sah [di sini].