Thursday, April 15, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Tips Tips - Fesyen

Trend Musim Luruh: 8 Stail Pakai Stokin Jaring ‘Jala Ikan’

by Afiqah Syamin
October 8, 2018
Sumber: Pinterest

Sumber: Pinterest

28
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Dari bintang Vanessa Hudgens hinggalah ke usahawan fesyen ikonik dari Perancis, Chiara Ferragni, rata-ratanya gemar memanfaatkan stokin sebagai aksesori utama yang menarik hati.

Stokin bukan lagi hanya untuk digayakan bersama dengan kasut bertali seperti snekers mahupun kala melakukan aktiviti lasak bagi mengurangkan kecederaan kaki atau supaya kaki bisa berasa lebih selesa kala dibaluti sneakers ketat sepanjang hari… tetapi stokin juga kini dianggap sebagai statement piece yang trendy untuk dipadankan dengan pakaian harian.

Baik untuk gaya formal mahupun kasual, stokin yang dipanggil fishnets (stokin jaring) ini semakin mendapat tempat di hati wanita terutamanya bagi menyambut musim luruh yang mendatang.

Foto - Twitter Modanisa

5 Butik Online Best Nak Cari Baju Cantik-Cantik, Harga Pun Murah

December 17, 2020
Foto - Pinterest

Trend Fesyen Sampai Sekarang Orang Masih Ikut, Start Dari Selebriti Ini

November 25, 2020

Buat kamu yang gemar berfesyen dengan cara paling eksentrik, ini lapan stail untuk bergaya dengan stokin jaring.

#1 Dilapis Dengan Celana Denim Robek

Bosan menggayakan jeans robek tanpa sebarang pembaharuan? Boleh cuba sarungkan stokin jaring untuk wujudkan tekstur unik yang boleh ditampilkan menembusi garisan jeans yang koyak. Pasti buat kamu nampak edgy!

Sumber: bloglovin.com

#2 Dengan But Berpotongan Tinggi

Knee high boots memang cocok bila dipadankan dengan mini skirt untuk gaya yang lebih feminin. Namun begitu, adakalanya ia kelihatan agak membosankan tanpa sebarang kelainan, jadi apa kata gayakannya bersama stokin jaring yang dipakai melitupi kaki terlebih dahulu sebelum menyarungkan but. Pasti kelihatan lebih berkelas!

Sumber: sapphirediaries.com

#3 Padankan Dengan Helaian Kulit

Cetuskan aura seksi era 80-an dengan memadankan stokin jaring bersama mana-mana helaian kulit yang kamu ada… baik jaket mahupun skirt, gaya ala rockers ini akan buat kamu menjadi it girl serta-merta kalau kena pada caranya! Tak percaya? Cuba.

IKLAN

Sumber: Pinterest

#4 Pakai Dengan Sneakers

Siapa kata stokin jaring perlu dipakai sepenuhnya hingga ke peha, ada juga pilihan stokin jaring yang saiznya seperti stokin biasa. Daripada asyik menggayakan stokin yang berwarna dan bercetak, cuba kali ini gayakan kasut sneakers kegemaran kamu dengan stokin jaring.

Sumber: Pinterest

#5 Pakai Dengan Low-Cut Jeans

Ada parti atau acara-acara muzik yang ingin dihadiri? Gaya hip sebegini pasti bisa menampkkan kamu seperti seorang insan yang paling gah sambil dipancar lampu-lampu neon. Asalkan kamu memadankan stokin jaring dengan jeans yang memiliki potongan pinggang rendah untuk menampakkan jaring pada bahagian perut (atas pinggang).

Sumber: Pinterest

#6 Dengan Tumit Tinggi Bertutup

Mungkin si hijabista boleh manfaatkan tips yang ini dengan menggayakan tumit tinggi bertutup bersama stonkin jaring. Nampak manis dan sensual juga dalam masa yang sama!

Sumber: Pinterest

#7 Skirt Terbelah

Nampak terlalu terdedah andai memakai skirt terbelah tanpa sebarang fabrik untuk menyekat pandangan orang, boleh sarungkan stokin jaring untuk buat gaya yang ‘terlampau’ menjadi serdehana – namun masih kelihatan cantik!

Sumber: Pinterest

#8 Stokin Jaring Berhias

Jika kamu gemar bereksperimen dengan item fesyen, carilah stokin jaring yang dihiasi butiran manik serta perhiasan sebegini. Lebih menarik dari helaian stokin jaring yang polos.

Sumber: Esty Lingerie

Siapa sangka, stokin jaring yang dahulunya ramai individu anggap ‘murah’ kini sudah diangkat menjadi statement piece oleh fashionista sekalian? ❤

Selamat beramal!

Tags: aksesoriCara Gayakan Stokin Jaringfesyen musim luruhfesyen wanitaFishnet ThightsFishnetsStokinStokin Jaringtips fesyentrend fesyen
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Makan Sebiji Epal Setiap Hari Boleh Beri Kulit Glowing?

Juadah Rare Yang Hanya Ada Masa Bulan Puasa Saja, Semua Sedap!

Tak Payah Oven, Guna 6 Bahan Dah Boleh Jadi Pizza Paling Sedap!

Cantik Kaftan Dress Di Kedai Ini, Sesuai Pakai Masa Puasa Dan Raya

Susah Betul Nak Tidur, Cuba 5 Resepi Susu Panas Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.