Hai semua beauty junkies khususnya buat pencinta gincu.
Jenama penjagaan wajah tersohor innisfree baru sahaja membentangkan koleksi lip color “Vivid Cotton Ink” untuk prona nude yang pelbagai. Vivid Cotton Ink diilhamkan oleh warna lembut dan tekstur bunga tulip, dan dikembangkan untuk penampilan yang lebih sempurna dan memukau.
Diperkayakan dengan formula Shine Essence Oil Complex – minyak camellia, biji mangga, alpukat dan minyak biji kapas yang memberikan warna sambil mengekalkan kelembapan dari dalam di samping merawat dan melembutkan bibir. Rumusannya dioles ke bibir anda dengan tekstur berkilat, tetapi akan meninggalkan kemasan matte lembut serta tahan sepanjang hari.
innisfree Vivid Cotton Ink Nude Collection dijual pada harga runcit RM41.50/4g dan sudah boleh didapati di semua cawangan innisfree.