Pada 2 April 2018, selepas hampir sembilan tahun perkahwinan, pasangan kesukaan ramai Channing Tatum dan Jenna Dewan mengumumkan bahawa mereka sudah berpisah.
Hangat di media sosial, Channing Tatum dilaporkan bercinta dengan penyanyi British, Jessie J. Mereka berdua bertemu beberapa bulan dan dalam proses saling mengenali. Ada ura-ura berkata Jessie mempunyai persamaan yang sama seperti Jenna Dewan, dan mungkin itulah sebab aktor 38 tahun ini tertarik dengannya.
“Ia sesuatu yang baru, kasual dan mereka seronok bersama, ” jelas sumber terdekat.
Sumber dari Twitter yang mendakwa pernah melihat pasangan ini berkongsi Channing Tatum dilihat menghadiri beberapa konsert Jessie J di Seattle dan Salt Lake City, bahkan mereka berdua senang bermain golf mini minggu lepas.
Walaupun masih belum jelas bagaimana Channing bertemu Jessie, Wanista harap hubungan mereka berkekalan dan tiada drama berlaku.