Proses melukis tatu sahaja sudah memual dan menjelikkan penulis apatah lagi seperti yang dilakukan oleh jejaka berbakat besar ini.
Walaupun anda tidak berminat dengan tatu tetapi seni yang dilakukan oleh Jesse Rix, seorang pelukis tatu dari New Hamsshire membuatkan anda kagum malah mahu melihat seimbas kembali.
Mengkhususkan diri dalam seni tatu berwarna dengan elemen 3D, Jesse menggunakan bayan-bayang dan bentuk geometrik, kebanyakannya kotak dan pentagon, untuk menghasilkan ilusi optik yang seakan timbul di bawah kulit manusia. Setiap tatu yang dihasilkan cukup terperinci sehingga mampu membuat anda tergamam kerana ia benar-benar timbul malah agak menyeramkan.
Mula-mula rasa seram, lama-lama pening…. Anda lihatlah!
Boleh lihat pelbagai lagi ciptaan di Instagram rasmi beliau.