Saturday, April 17, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Apa itu AHA Dan BHA? Kenali Nama Saintifik Bahan Produk Kecantikan

by Izzah Azizah
October 13, 2018
38
SHARES
379
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bila semakin banyak produk kecantikan di pasaran, semakin pentingnya untuk pengguna sentiasa berwaspada. Lebih lagi untuk memilih produk penjagaan kulit yang bergantung pada keadaan dan keperluan kulit. 

Ramai diantara kita masih lagi belum fasih tentang bahan atau kandungan yang digunakan dalam produk. Kerja senang kita semua ialah dengan membaca ulasan dan melihat testimoni bergambar. Dua perkara itu tidak cukup untuk menghasilkan kulit cantik. Anda perlu faham kerana tidak semua produk adalah sama dan bersesuaian dengan faktor kulit. 

Mari tambah ilmu dengan Wanista tentang nama-nama bahan produk skincare yang boleh buat anda keliru. 

Foto - K Beauty

Dah Ada AHA Dan BHA, Timbul Pula PHA. Apa Kebaikan Untuk Kulit?

February 16, 2021
# Niacinamide / Vitamin B3 / Nicotinic Acid

Digunakan untuk mencerahkan dan menyegar kulit. Malah bahan ini juga membantu kulit untuk menyerap produk yang lain lebih baik.

# Alpha-hydroxy Acid (AHA) / Glycolic Acid / Lactic Acid / Tartaric Acid / Citric Acid

Bahan ini merawat sebarang garis halus, kedutan, kesan penuaan, tompok pigmentasi dan boleh mengecilkan pori-pori. Namun anda perlu berhati-hati, kesan iritasi dan sensitivi pada matahari boleh berlaku. Jadi pastikan anda memakai krim pelindung matahari bersama krim produk yang mengandungi bahan tersebut.

Foto – Into The Gloss
# Beta-hydroxy Acid (BHA) / Salicylic Acid

Paling bagus dipakai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat kerana ia mampu menyingkirkan kulit mati sekaligus memperbaiki tekstur kulit. Ia juga lebih lembut berbanding AHA. Jadi anda yang nyah jerawat sila lah pilih produk yang menyenaraikan BHA atau Salicylic Acid.

# Hyaluronic Acid

Bila sebut tentang hidrasi, inilah bahan utama yang pengguna cari. Hyaluronic Acid berkesan untuk melembabkan kulit yakni meremajakan serta menjauhi kulit sebarang kerosakan. Siapa nak muka awet muda, kena tambah step dalam rutin dengan Hyaluronic Acid.

IKLAN

Foto – style.over.net
# Ascorbic Acid / Sodium Ascorbate / Ascorbyl Glucoside

Rupanya ini Vitamin C! Semua tahu kan, Vitamin C berupaya mencerahkan dan memperbaiki tona kulit. Namun ia juga boleh jadi sensitif pada kulit sekiranya terdedah pada sinaran matahari. Jadi krim pelindung matahari jangan lupa. 

# Retinol / Vitamin A

Ia digunakan dalam krim khas untuk anti-penuaan. Retinol dan Vitamin A paling sesuai untuk memperbaiki kedutan kerana ia mudah menyerap kedalam kolagen dan lapisan kulit dalam. Bukan sahaja kedutan, ia juga mengatasi masalah pigmentasi dan tona kulit tidak sekata.

Foto – HuffPost UK
# Alpha-Lipoic Acid /  Thioctic Acid

Sama seperti Retinol, namun ia lebih efektif memperbaiki masalah kulit lampau atau degil serta menjaga kulit dari sebarang kerosakan akan datang. Sifat universal Alpha-Lipoic Acid mudah menyerap kedalam sel kulit. Kesan paling terbaik dari Alpha-Lipoic Acid mengurangkan garis halus, menjadikan kulit lebih sihat dan meningkatkan antioksida. 

Foto – Mirror

Nak tahu lagi? Tips dari Wanista, rajinkan diri untuk mencari maklumat tentang bahan-bahan dalam produk skincare dengan bertanya sendiri pada beautician atau Google sahaja. 

Semoga bermanfaat! 

RUJUKAN 1 & 2

Tags: apa itu Hyaluronic Acidfungsi salicylic acidkesan retinolmaksud acid dalam produkmaksud aha bhanama saintifik produkpenggunaan Hyaluronic Acid
Share15SendShare

ARTIKELTERKINI

Pakar Nutrisi Kata ‘Makanan Sihat’ Ini Sebenarnya Tidak Sihat?

Nak Bersama Dalam Bulan Puasa, Ini Waktu Sesuai Kena Tahu

[Temu Bual] Wanita Pun Boleh Pakai, BOXO Jual Boxer Unisex Yang Trendy Dan Selesa!

Yoona Guna Essence Estee Lauder Ini Untuk Kulit Lembut Gebu Seperti Bayi

Kurma Ada Ulat? Ini Cara Basuh Dengan Sempurna

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.