Jika anda mengikuti perkembangan dunia teknologi telefon pintar, ‘sesuatu’ yang dibawakan oleh Huawei Mate 20 membuatkan anda ingin bertukar telefon pintar sekarang.
Berpeluang ke Excel London, Huawei Consumer Business Group (BG) melancarakan siri Huawei Mate 20, salah satu siri telefon pintar yang paling dinantikan tahun ini. Mewakili satu pencapaian penting dalam sejarah Huawei Mate Series, Huawei Mate 20 Series merangkumi kemunculan inovasi terkini. Direka dengan teknologi proses yang paling berkuasa dan canggih di industri, peranti Huawei terbaru menetapkan bar baru di mana membuatkan telefon pintar lain lemah.
Tidak tahu pada anda, tapi setiap kali peranti baru dilancarkan terdapat dua perkara yang penulis titik berat – BATERI dan KAMERA, perkara penting untuk setiap wanita moden masa kini.
Dikuasakan oleh sistem pemprosesan Kirin 980, Huawei menegaskan siri Mate 20 adalah peranti terbaik di luar sana dengan kelebihan dan kelajuan RAM, muat turun Wifi, ketepatan GPS, prestasi kamera dan bateri.
The Mate 20 Pro menyokong pengecasan berwayar 40W yang cepat (boleh mengecas sehingga 70% dalam 30 minit) manakala Mate 20 menyokong pengisian berkuasa 22W dan kedua-dua model menyokong 15W mengecas secara wireless. Hakikat lain ialah Huawei Mate 20 adalah peranti pertama di dunia mampu berfungsi sebagai power bank untuk peranti elektronik terpilih melalui pengecasan tanpa wayar seperti fon kepala dan telefon pintar lain.
Untuk sistem kamera, Huawei membuat tambahan 16mm Leica Ultra Wide Angle Lens untuk siri Mate 20. Perspektif ini mewujudkan kesan luas dan tiga dimensi pada imej. Sistem kamera baru juga menyokong jarak makro, yang menghasilkan imej yang tajam yang diletakkan hampir 2.5cm dari lensa. Lensa sudut ultra lebar dan sokongan makro bersedia untuk menangkap sebarang aksi walaupun dari sudut jauh dan dekat.
Hadir dalam pilihan warna seperti hijau emerald, merah jambu, hitam, twilight (biru dan hitam), siri Huawei Mate 20, Huawei MateBook X Pro dan Huawei MateBook D akan dijual di Malaysia tidak lama lagi. Dijangka 17 Oktober, Huawei akan mengumumkan harga yang ditawarkan di Malaysia.
Turut hadir ke pelancaran siri Huawei Mate 20 ialah si fesyenista Marion Counter bercakap tentang kelebihan dan kenapa dia teruja dengan Mate 20 ini. Nantikan temu bual khas di episod akan datang….
Untuk maklumat lanjut, sila layari consumer.huawei.com.