Orang Singapura atau sesiapa yang nak ke Singapura, Wanista nak kongsikan sesuatu dengan anda semua…
National Gallery Singapore dan ArtScience Museum bekerjasama buat kali pertama untuk mempersembahkan pameran pertama di rantau ini yang memberi tumpuan kepada Minimalism. Diketuai oleh National Gallery Singapore, lebih daripada 130 karya berkisahkan sejarah dan warisan pergerakan kesenian dalam pelbagai bentuk seni dan pengamal seluruh dunia akan dibentangkan.
Dr. Eugene Tan, Pengarah National Gallery Singapore berkata, “Kerjasama institusi ini akan membolehkan kita memperluaskan skala pameran, untuk mengkaji lebih banyak dimensi yang kaya dan kompleks kecenderungan artistik yang mempunyai pengaruh besar terhadap seni kontemporari dan reka bentuk.
National Gallery Singapore akan akan meneroka pembangunan seni dari tahun 1950-an hingga sekarang. Antaranya menampilkan karya oleh beberapa artis seperti Mark Rothko (USA, 1903-1970), Yayoi Kusama (Japan, 1929- ), Charlotte Posenenske (Germany, 1930-1985), Anish Kapoor (India/UK 1954- ), Ai Weiwei (China, 1957- ) dan ramai lagi.
Sepanjang pameran, program khas di kedua-dua lokasi akan menampilkan muzik, filem, tarian dan pemasangan interaktif, yang semuanya berkait rapat dengan tema Minimalism.
Info lanjut, boleh semak laman web rasmi [National Gallery Singapore] dan [ArtScience Museum].