Suka mekap tapi tak mampu hendak pakai yang mahal-mahal? Di Watsons terdapat pelabagi jenama kosmetik berkualiti dari luar negara yang mampu milik seperti Max Factor.
Berasal dari Poland, Max Factor menawrakan seleksi pilihan menarik untuk semua jenis tona kulit dari yang cerah hingga ke hitam manis, rata-rata produk kosmetiknya adalah berasaskan rona-rona natural yang padan dengan semua oranng baik remaja mahupun wanita yang sudah berusia.
Tonton Tutorial Pemilihan Foundation Yang Bersesuaian oleh Mekap Artis Max Factor
Peka dengan keperluan wanita sedunia, Mac Factor komited untuk menerapkan semangat positif dalam kalangan wanita hari ini bahkan mahu memperkasakan kaum wanita yang semakin hari mampu menggapai kejayaan secara solo biarpun tanpa lelaki di sisi.
Bagi meraikan kaum wnaita di Malaysia, sehubungan pelancaran Max Factor di Malaysia, jenama kosmetik itu juga berkesempatan memperkenalkan empat orang duta hebat yang dipilih dari dalam kalangan wanita idola di Malaysia yang mampu memberi inspirasi buat semua termasuklah Lisa Surihani (pelakon), Raja Nadia Sabrina (blogger), Kavitha Sidhu (pelakon dan model) dan Ling Oo (pereka barang kemas).
Max Factor bukan sahaja jenama kosmetik yang mahu memenuhi impian fizikal semua wanita tetapi juga dalam masa yang sama ingin meningkatkan keyakinan wanita demi menjadi diri mereka sendiri.
Jika dahulu, Max Factor adalah jenama kosmetik pilihan ramai bintang popular Hollywood seperti Ava Gardner, Jena Harlow dan Marlene Dietrich, kini kamu juga berpeluanng menjadi glamor dengan rangkaian kosmetik Max Factor yang boleh dibeli dari harga serendah RM25 hingga RM78 setiap satu.
Antara item mekap yang ditawarkan Max Factor adalah termasuk gincu, pengilat bibir, bedak kompak, bedak asas foundation, palet pembayang mata, bedak tabur, highlighter, maskara, pensil alis dan banyak lagi!
Untuk keterangan lanjut sila klik [facebook.com/maxfactormy]