Jarang sekali kita lihat jenama haute couture digabungkan dengan jenama pakaian sukan. Namun, PUMA berani tampil kelainan apabila menyunting Karl Lagerfeld yang merupakan pengarahkreatif bagi Chanel untuk menghasilkan koleksi kolaborasi istimewa buat sang pencinta fesyen dalam kalangan lelaki dan juga wanita.
Tahun ini merupakan tahun yang ke-50 sejak sepatu sneakers PUMA “Suede 50” dilancarkan dan bagi menyambut kejayaan ulung itu, PUMA nekad menghasilkan edisi PUMA Suede 50 yang lebih astetik sambil ditemani sentuhan ikon fesyen, Karl Lagerfeld.
Tidak cukup dengan itu, helaian pakaian seperti jumpsuit, jaket, baju-T berlogo, hoodie dan banyak lagi turut diketengahkan dalam koleksi KARL LAGERFELD x PUMA.
Untuk aksesori pula, beg sandang, beg silang serta topi jenis baseball cap turut disertakan bagi memberi lebih banyak pilihan buat para pengguna yang gemar bergaya sakan.
Kesemua koleksi ini akan mula dipasarkan secara global bermula 19 Oktober nanti pada harga serendah RM170 hingga RM670 setiap satu, koleksi KARL LAGERFELD x PUMA boleh didapatkan di gedung eksklusif PUMA cawangan KLCC, Sunway Pyramid dan Crossover (***bagi koleksi sepatu sahaja).