Setiap orang memiliki karakter masing-masing dan menurut Dato’ Dr. Fadhilah Kamsah, personaliti seseorang itu boleh dirungkai menerusia bulan kelahiran mereka.
Untuk pengetahuan semua, Dato’ Dr. Fadhilah Kamsah sudah menjalankan kajian ini selama lebih 25 tahun. Bahkan, hasil kajiannya sangat memberangsangkan dan kebanyakan sifat yang disenaraikan itu sangat kena dengan perosnaliti dan keperibadian individu yang berkenaan.
Sehubungan itu, bagi menyambut keperibadian kamu yang pastinya unik dan lain daripada yang lain, jenama kosmetik dan penjagaan wajah FRESH baru-baru ini tampil dengan koleksi pelembap bibir edisi terhad yang bukan sahaja mampu melembab tetapi turut merawat keadaan bibir agar lebih terjaga dan kelihatan rapi biar tanpa olesan gincu.
Diberi nama koleksi Zodiak, setiap satunya diperbuat menggunakan ramuan dari alam semula jadi yang pelbagai termasuklah bunga-bungaan dan floral di samping mengetengahkan bauan sensasi yang menenengkan kala ia terletak di bibir saban hari.
Sugar Lip Treatment Advanced Therapy menjanjikan kelembapan berganda untuk jangka masa panjang hingga 24 jam lamanya tau! Pada harga RM108 setiap satu, koleksi Zodiak edisii terhad musim ini mendapat sentuhan si peramal zodiak popular, Susan Miller dan perias pelembap bibir yang telah dilabel mengikut bintang kelahiran kamu ini pastinya cocok untuk melengkapkan hari-hari kamu.
https://www.youtube.com/watch?v=CCrwVInLjkg
Bukan itu sahaja, Sugar Lip Treatment Advanced Therapy dari koleksi Zodiak oleh FRESH ini juga boleh dijadikan bingkisan istimewa buat teman-teman mahupun keluarga tercinta menjelang Krismas yang bakal kunjung tiba beberapa bulan sahaja lagi!
Untuk keterangan lanjut, lawat [sephora.my/fresh].