Kulit yang sentiasa lembab ialah kunci kulit kekal glowing dan flawless. Percaya atau tidak kulit yang lembab juga membuat si pemilik tampak lebih muda. Cuba anda lihat para aktres Korea, kulit wajah mereka tampak berkilau dan satu garis kedutan pun susah nak nampak! Ruginya siapa yang malas jaga kulit dan skip langkah melembab.
Banyak jenama penjagaan kulit menyedia rangkaian lengkap dari pencuci wajah sehingga serum mata berasaskan konsep hidrasi. Jadi buat anda yang rasa nak mula semula langkah memanja dan merawat kulit, ini beberapa pilihan rangkaian jenama yang telah dicuba dan menambat hati penulis sendiri.
# Innisfree Green Tea Seed
Serum Green Tea Seed antara produk yang paling mendapat perhatian dalam set ini. Innisfree memperkenalkan kebaikan teh hijau yang tinggi antioksida disambil itu memberi kelembapan jauh kedalam kulit.
# The Body Shop Vitamin E
Berkesan untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering, normal, minyak dan kombinasi. Diformulasi dengan Vitamin E, Hyaluronic Acid dan minyak gandum. Ia sangat ringan, mengawal kelembapan semulajadi kulit dan meninggalkan kulit lebih berseri.
# Saturday Skin
Simple and sleek sahaja rekaan bungkusan produk Saturday Skin ini. Jenama yang baru sahaja mencelah di kaunter Sephora ini memperkenalkan rejimen lengkap hidrasi. Set Saturday Skin mengandungi Cha-7 es Complex™ iaitu membantu kulit kembali pulih dengan semulajadi. Ia sesuai untuk semua jenis kulit, kaya dengan kolagen sekaligus mengurangkan melanin dan warna kulit tidak sekata.
# Dr.Jart+ Ceramidin
Rangkaian Ceramidin dari Dr.Jart+ juga memberi fokus pada kepekatan hidrasi. Kandungan setiap produk diperkaya dengan ceramide iaitu pelembab paling terbaik untuk kulit. Ceramide mengekalkan kelembapan, melindungi kulit dari sebarang kekeringan dan elemen tercemar.
# Hada Labo Hydration Light/Premium
Paling laku keras dimana-mana stor drugstore. Produk Hada Labo sudah dikenali ramai menggunakan Hyaluronic Acid sebagai bahan utama. Jika anda teringin mencuba produk Hada Labo dari rangkaian Hydration, anda boleh dari Light ataupun Premium untuk fokus penuh melembab.
LIHAT JUGA: Kulit Cantik Persis… Wanista Pilih 5 Krim Pelembab Dari Bunga-Bungaan!
Kalau luaran dah jaga, dalaman jangan lupa…banyakkan minum air kosong!