Jarang sekali kita lihat dan perhatikan pilihan fesyen dari selebriti negara jiran iaitu Thailand. Dalam senyap rupanya mereka bukan calang-calang dalam memilih penataan gaya dan jenama pakaian.
Suka juga penulis stalk beberapa selebriti Thailand yang ghairah menayang fesyen mereka. Iyalah sebelum ini kita selalu sangat lihat dari selebriti barat, rupanya orang Asia kita juga bersaing hebat dan ada diantara mereka aktif hadir dalam keramaian rumah-rumah fesyen.
Lima selebriti dibawah telah mendamba hati dan mata penulis setiap kali on Instagram. Siapa mereka?
#1 Davika Hoorne
Lakonan Davika dalam filem seram komedi Pee Mak buat semua orang terpaku dengan hantu yang cantik ini!
Selain berkarya, Davika juga rajin berjalan di pentas peragaan. Jadinya memang seronoklah bila tengok gambar-gambar Davika penuh dengan baju-baju yang cantik. Untung badan!
#2 Treechada Petcharat
Cantik gila kan? Jangan terkejut Treechada adalah seorang lady boy!
Beliau adalah lady boy paling terkenal di Thailand. Walaupun sering dipandang serong dengan label ‘bukan kecantikan asli’, tapi penulis kagum Treechada tetap menampilkan yang terbaik dalam dunia kecantikan dan fesyen.
#3 Urassaya Sperbund
Inilah aktres dalam filem komedi Brother of The Year tu! Si cantik manis Urassaya rupanya kacukan Thai-Norway.
Yaya merupakan gadis pilihan jenama mewah Louis Vuitton. Kalau lihat gaya fesyen Yaya pasti terselit sahaja monogram LV.
#4 Varitthisa Limthammahisorn
Ayu dan lembut sahaja wajah Varitthisa, aktres berasal dari wilayah Chiang Rai ini.
Kalau anda sukakan gaya manis dan sopan cuba tiru gaya Varitthisa. Pilihan pakaian beliau kebanyakan dress ropol dan cetakan bunga-bungaan. Sesuai sangat!
#5 Araya Alberta Hargate
Walaupun sudah bergelar ibu kepada dua anak, Araya tetap bergaya sakan dan kerap menghadiri pesta fesyen.
Aktres berusia 37 tahun ini sudah beberapa kali muncul di karpet mewah Filem Festival Cannes dengan memakai busana mewah dengan cantik sekali. Ada juga beliau tampil chic bak gadis remaja, kalah kita semua tau!
Dalam ramai-ramai ni, penulis tetap berkenan dengan Treechada! Korang pula suka siapa?