Kenapa Kuantan?
Sebenarnya penulis berasal dari bandar tersebut dan kerap kali mendengar keluhan kawan-kawan yang bakal menjadi pengantin buntu mencari lokasi menarik untuk bergambar outdoor.
Sebenarnya lokasi adalah faktor kedua untuk mendapatkan gambar yang cantik, faktor utama ialah siapa jurugambar anda. Memilih karya jurugambar yang kreatif sebenarnya boleh mengubah apa sahaja sudut menjadi sesuatu yang cantik dipandang. Jadi bonus buat anda kalau dapat tempah jurugambar yang pakar plus bersama lokasi yang superb.
BACA: 6 Kafe Hipster Di Kuantan Yang Best Untuk Lepak
Jika anda bakal pengantin berasal dari Kuantan atau akan bertandang ke sana, apa kata cuba usha dahulu beberapa tempat pilihan untuk bergambar romantis dan kenangan selamanya.
#1 Jalan Besar, Kuantan
Disini anda boleh gunakan latar belakang bangunan-bangunan lama yang masih digunakan sebagai lot kedai. Rekaan bangunan dari tahun 40-an boleh memberi aura gambar klasik dan romantis. Bahkan yang gemarkan gaya gambar jalanan juga sesuai. Namun hati-hati, keadaan Jalan Besar sedikit sesak kerana ia menjadi jalan utama di bandar Kuantan.
#2 Taman Esplanade
Sebuah pusat rekreasi bersebelahan dengan Sungai Kuantan yang menjanjikan pemandangan yang tenang dan angin sepoi-sepoi bahasa. Sekitar di Taman Esplanade terdapat sebuah kawasan kubur lama (tak seram pun), disitu mempunyai banyak sudut pokok-pokok yang boleh dijadikan bingkai dalam gambar. Susur jalan juga sangat cantik dengan daun-daun kering.
#3 Sungai Lembing
Sesuai bagi anda punya masa yang panjang atau pilih sahaja Sungai Lembing sebagai lokasi pre-wedding. Ini kerana perjalanan ke Sungai Lembing agak jauh dari bandar Kuantan. Menariknya disana, anda juga boleh gunakan suasana klasik dan fauna yang masih belum lagi diusik. Teringin nak gambar atas jambatan gantung memang banyak boleh pilih!
3 lokasi diatas ini adalah pilihan penulis sendiri yer.. Dah ada photographer? Maklum pada mereka idea lokasi diatas ini. Selamat mencuba!