Sepanjang minggu lepas, kita dikejutkan dengan pelbagai berita seperti kehamilan Meghan Markle, perpisahan Ariana Grande dan tunangnya Pete Davidson serta pertunangan Lady Gaga bersama Christian Carino.
Tapi sayangnya peminat dan netizen seperti tidak kisah akan berita pertunangan Lady Gaga, apatah mereka sibuk shipping Lady Gaga dengan Bradley Cooper, kerana mereka berdua muncul dalam filem A Star Is Born.
Begitu sibuk sampaikan ramai orang tidak perasan Gaga telah memakai cincin pertunangan selama berbulan-bulan. Bukan cincin pertunangan biasa tapi batu merah jambu bersaiz besar yang diapit dengan berlian.
Dan menariknya ramai merasakan cincin Gaga sama seperti cincin Puteri Eugenie, cumanya batu bersaiz lebih kecil.
Baca: Tiara Perkahwinan Yang Dipakai Princess Eugenie Sudah Berusia 99 Tahun!
“Cincin Lady Gaga kelihatan seperti 6-7 carat untuk batu sapphire merah jambu dengan berlian lebih kurang 3-4 carat sahaja. Kemungkinan berharga antara $300,000 dan $400,000,” jelas sumber terdekat kepada E! News.
Memang cantik tapi penulis masih sukakan cincin Kate Middleton….