Bakal menjadi koleksi keemasan bagi mereka yang mengumpul sepatu sneakers, adidas Originals kembali dengan YEEZY BOOST 700 edisi terbaharu yang mengetengahkan fabrikasi jenis baldu (suede) rona ungu mauve yang digabungkan bersama penggunaan material kulit asli, sambil disertai perincian hijau pada bahagian sisi tapak.
Bukan itu sahaja, lebih sensasi apabila tapak kasut adalah lebih tinggi membuatkan ia kelihatan stailo untuk digayakan sebagai aksesori kasual yang bersifat moden dan eksentrik, baik untuk dipakai lelaki mahupun wanita.
YEEZY BOOST 700 Mauve yang mendapat sentuhan Kanye West ini secara tidak langsung membuka peluang untuk orang ramai mencuba gaya sneakers baharu yang bertepatan dengan trend semasa agar kelihatan gah biarpun cuma menyraung pakaian yang ringkas bersahaja.
Untuk pengetahuan semua, YEEZY BOOST 700 Mauve akan mula dipasarkan secara global menjelang 27 Oktober ini dan harga yang ditawarkan adalah sekitar RM1,400 sepasang.
Bagi yang berminat, pembeli dikehendaki beratur seawal jam 8 pagi di gedung adidas Originals cawangan Suria KLCC dan Pavilion KL untuk menunggu giliran.
Saiz yang ditawarkan adalah dari 4 UK hingga 12 UK manakala 3.5 UK hingga 12.5 UK bagi yang memerlukan saiz berkenaan. Untuk keterangan lanjut, sila klik [Yeezy Boost 700 Mauve].