Bila dikira-kira, Bata sudah berada di negara kita lebih berpuluh tahun. Buat julung kalinya, jenama gedung kasut terkemuka yang berasal dari Lausanne, Switzerland ini akhirnya melancarkan sebuah kedai kasut eksklusif untuk kanak-kanak yang berlokasi di Sunway Pyramid baru-baru ini.
Bukan itu sahaja, untuk pengetahaun semua, Bata Kids cawangan Sunway Pyramid ini juga adalah gedung seumpanaya yang pertama di Asia Tenggara tau!
Menawarkan seleksi pilihan terbaik istimewa buat si cilik yang berusia hingga 13 tahun, antara siri koleksi yang diketengahkan adalah Bubblegummers, Disney’s Marvel, Hello Kitty, Barbie dan My Little Pony.Gedung flagship ini telah dibangunkan dengan seisi hiasan dalaman yang menarik agar lebih bersesuaian dengan konsep serta karakter yang kena dengan jiwa kanak-kanak.
Tambahan pula, gedung ini juga mesra untuk pelanggan kerana dilengkapi ruang kondusif untuk memuatkan kereta sorong serta kawasan khas yang membolehkan kanak-kanak meluahkan kreativiti mereka dengan aktiviti mewarna. Sambil membeli-belah, bolehlah berseronok sekali kan?
Bata Kids terletak di aras pertama, Lot F1-58, Sunway Pyramid dan bersempena dengan pembukaannya, Bata akan melangsungkan promosi besar-besaran pada 31 Oktober ini di mana, 10 pelanggan pertama yang menunjukkan bukti bahawa mereka mengikuti laman Facebook atau akaun Instagram Bata Malaysia akan menerima sepasang kasut percuma manakala, baucer RM20 pula layak dituntut oleh 40 orang pelanggan terawal.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/BataHome].