Bukan semua orang mampu memiliki segala-galanya. Lebih-lebih lagi dengan kos sara hidup yang tinggi seperti sekarang, perlara penting harus didahulukan supaya bajet bulanan tidak tersasar dan melebihi kos yang sepatutnya.
Seperti jenama fesyen terulung yang dipimpin nama besar Jeremy Scott, beliau terang-terang menolak “eksklusiviti” sekaligus baru-baru ini menguntai kerjasama dengan H&M untuk membangunkan sebuah koleksi bersama.
Bercirikan konsep fesyen jalanan eksentrik dan tersendiri, H&M x Moschino bukan sahaja menawarkan seleksi gaya terbaik yang nampak mahal untuk digayakan golongan masyarakat biasa, tetapi setiap satunya disertai sentuhan halus memukau termasuklah perincian sulaman, jahitan manik labuci serta perhiasan yang berasaskan logam berkualiti, boleh dilihat pada perincian butang dan, zip dan rantaian besi.
Bukan itu sahaja, aksesori seperti casing telefon pintar, rantai, anting-anting, kasut but, topi, beg dan pakaian anjing peliharaan turut ditawarkan menerusi koleksi kolaborasi hebat ini.
Tonton Video Koleksi H&M x Moschino
Untuk pengetahuan semua, koleksi H&M x Moschino akan mula dipasarkan hanya di H&M cawangan Avenue K, Kuala Lumpur bermula 8 November. Klik [facebook.com/hmmalaysia] untuk keterangan lajut.