Dikenali sebagai Statue of Unity, tugu yang bakal menjadi mercu paling asyik dan tertinggi di dunia ini khabarnya dibina untuk menjadi tugu peringatan kepada “Lelaki Besi” kebanggaan India iaitu, Sardar Vallabhbhai Patel.
Berdiri megah menghiasi sebuah persisiran sungai dipanggil Sadhu Bet dekat Vadodara, tugu ini berketinggian 182 meter, lebih tinggi dariapda ketinggian Stayue of Liberty di ibu negara Amerika Syarikat yang cuma berketinggian 151 meter.
Secara tidak langsung, ini membuatkan monumen patung Sardar Vallabhbhai Patel adalah paling tinggi di dunia menyaingi Spring Temple of Buddha, China, yang sebelum ini berada di carta teratas.
Menurut laporan yang dikongsi India Today, ia dibangunkan oleh 3,000 orang pekerja sejak projek itu diumumkan pada 2010 dan kemudian beroperasi secara rasmi pada 2015.
Ia kemudiannya melibatkan kepakaran 300 orang jurutera dari pelbagai sudut bagi merealisasikan tugu yang dilancar pada hari ini, 31 Oktober 2018, bersempena ulang tahun kelahiran Sardar Patel yang ke-143.
Menurut sumber lagi, tugu ini dibina berdasarkan potret fotografi sebenar Sardar Patel memakai kain dhoti dan jaket yang pernah dirakamkan pada 1949.
Untuk pengetahuan semua, tugu ini dibina dengan asas yang memiliki tiga lapisan struktur. Lapisan pertama adalah sejenis konkrit simen (RCC) yang digunakan untuk membina bahagian kaki hingga ke bahagian dada tugu setinggi 127 meter. Kemudian, lapisan kedua pula adalah struktur yang dibuat menggunakan besi dan lapisan ketiga adalah lapisan yang diperhalusi dengan logam gangsa setebal 8 mm.
Istimewanya tugu ini, ia juga dilengkapi lif (terletak dalam bahagian kaki tugu) yang bisa memuatkan 26 orang pengunjung dalam satu-satu masa untuk naik ke tingkat paling atas yang berada di bahagian dada tugu.
Sekitar Perasmian Statue of Unity Di New Delhi oleh Presiden India, Ram Nath Kovind…
#PresidentKovind leads the nation in paying tributes to Sardar Vallabhbhai Patel on his birth anniversary at Patel Chowk, New Delhi pic.twitter.com/8D2FY8OLe3
— President of India (@rashtrapatibhvn) October 31, 2018
Siapa sangka, India kini bakal menjadi antara negara tarikan pelancong yang paling gah dengan adanya monumen patung tertinggi di dunia ini.
Tonton Video Pengenalan Statue of Unity
https://www.youtube.com/watch?v=zYCa0u3Np8w