Kamu pernah mengalami keadaan di mana kamu penat setiap kali bangun dari tidur keesokan harinya?
Laporan 2016 dari Center for Disease Control and Prevention (CDC) mengatakan bahawa satu dari tiga rakyat Amerika tidak mendapat tidur yang cukup secara teratur. Bahkan ianya tiada rahsia kita mendapat tidur yang kurang setiap hari, lebih-lebih dengan dunia yang pesat dengan kecanggihan teknologi yang hujung jari.
Kemungkinan besar lima perkara ini boleh membuatkan kamu kurang tidur dan penat…
Nafsu Makan
- Foto – Atlas Mens Health Institute
Jika anda mengalami masalah pencernaan, penyakit seperti gastroesophageal reflux disease (GERD), pakar diet Vanessa Rissetto memberitahu bahawa makan makanan tinggi lemak, makanan pedas dan masam seperti jeruk sebelum tidur boleh menyebabkan perut senak.
Minum Terlalu Banyak Air Manis
- Foto – Sisitano
Sama ada soda atau menghirup secawan teh panas, tidak ada keraguan bahawa minuman cecair sebelum tidur dapat mengganggu waktu tidur anda.
Yang paling jelas adalah minuman berkafein. Risetto menjelaskan minuman berkarbonat seperti seltzer juga boleh merengsakan pundi kencing dan membuatkan anda bangun pada waktu malam.
Mengambil Sebarang Ubat-Ubatan
- Foto – Kaplan Test Prep
Produk tertentu atau ubat-ubatan yang diambil pada waktu malam boleh menjejaskan banyak tenaga yang ada pada waktu pagi.
Dr. Janette Nesheiwat memberitahu bahawa beberapa ubat, seperti antihistamines dan penghilang rasa sakit boleh membuat anda berasa mengantuk pada hari berikutnya.
Kamu Menggunakan Katil Untuk Segalanya Selain Daripada Tempat Tidur
- Foto – Taylor in Time
Benda yang kamu tak tahu ialah menggunakan katil untuk menonton TV atau menyiapkan kerja selain daripada tidur memberi kesan keesokan harinya. Ini di mana kamu melatih minda dengan menetapkan katil mempunyai kegunaan lain selain tidur.
Main Telefon Pintar
- Foto – Mashable
Sebelum telefon pintar, tiada siapa yang membawa telefon ke tidur. Tetapi sekarang, sebahagian daripada kita tidak boleh berenggang dengan telefon – anda mahu menjawab e-mel, scroll media sosial, membaca teks bacaan, bermain permainan video, melayan video serta pelbagai lagi.
Tetapi masalahnya adalah cahaya yang dipancarkan oleh telefon dan notifikasi yang masuk (dan keinginan untuk memeriksa dan memberi respons) membuatkan kamu susah tidur.
Jadi, selepas ini setiap kali nak masuk tidur pastikan kamu betul-betul sudah bersedia agar tidur kamu tidak diganggu sehingga menyebabkan kamu kepenatan keesokan harinya. Bila dah penat mutu kerja juga merudum. Siapa susah?