Jujur..memang sedih dan perit perasaan ini apabila kita kehilangan orang tercinta buat selama-lamanya. Mereka hanya tinggal sebagai memori silam sahaja. Begitulah yang penulis alami setelah kehilangan ayah tercinta. Boleh kata rasa macam mimpi, tiba-tiba dia sudah tiada bersama keluarga.
Kata orang bermakan tahun juga untuk move on dari situasi pilu ini tapi harus disegerakan. Iyalah, tidak elok berduka lama-lama nanti kerja harian juga boleh terganggu. Kadang hati yang terdetik teringatkan kenangan lama lepas itu mulalah hati pun jadi sedih.
Jika pembaca Wanista juga mengenang nasib yang sama seperti penulis. Sedikit perkongsian cara untuk kita semua move on dari kes hati patah ini. Bukanlah untuk melupakan mereka tapi mengembalikan semangat kita semula walaupun dalam keadaan mengenang mereka telah tiada.
# Sedekahkan Al-Fatihah
Ini memang satu perkara wajib bila setiap kali kita teringat si arwah. Sedekahkan mereka dengan surah Al-Fatihah dan pohon doa semoga urusan mereka disana mudah. Bukan itu sahaja, setiap kali bibir menitip Al-Fatihah secara tidak langsung hati kita juga jadi lebih tenang dan ringan.
# Ingat Perkara Yang Baik
Jadikan amalan untuk tersenyum jika mengenang memori bahagia bersama mereka dahulu. Kita harus rasa berterima kasih dan syukur kerana pernah menjadi sebahagian dalam hidup mereka. Buang perkara-perkara yang negatif dan sentiasa fikir mereka juga tidak mahu kita berterusan sedih.
# Percaya Akan Bertemu Jua
Mainkan minda anda dengan percaya anda akan tetap bersatu dengan mereka disana kelak. Mohon sahaja kepada Allah SWT supaya kita dapat bertemu mereka bagi melepaskan rindu.
Hidup ini mesti harus move on kerana suatu masa nanti tiba juga waktu untuk kita pergi. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda semua. Selamat beramal!