Pedihnya menangung sakit hati lebih-lebih lagi apabila harus memendam sendiri. Ternyata, menyimpan perasaan negatif dalam diri bisa lama-kelamaan menjadi racun yang kemudian mempengaruhi kesihatan mental diri.
Usah lagi memendam perasaan kerana baru-baru ini MONKI selaku jenama fesyen eksentri untuk wanita ini ada menawarkan cara bagaimana kamu bisa menekspresikan diri menerusi penggayaan fesyen yang unik.
Melancarkan koleksi kapsul untuk musim luruh, MONKI saban tahun sentiasa komited untuk menanam kesedaran masyarakat berkenaan isu-isu semasa yang berlaku baik dalam kalangan wanita mahupun anak remaja masa kini.
Tonton Pengenalan Kempen “All the Feels” Yang Menyaksikan Model Menggayakan Koleksi Kapsul Monki Musim Luruh 2018
Memilih “All the Feels” sebagai tema kempen musim ini, MONKI mengajak anak gadis sejagat untuk meluahkan isi hati dan pandangan peribadi tentang efek media sosial.
Sheubungan dengan itu, MONKI turut menghasilkan beberapa helaian fesyen berbentuk baju panas hoodie, topi jenis bucket hat serta selendang mafla yang bisa digayakan gadis sensual untuk menonjolkan diri dan perasaan mereka dengan cara yang paling kreatif tanpa perlu bersuara.
Bukan itu sahaja, apa yang menjadikan koleksi kapsul kali ini lebih menarik adalah apabila setiap satu helaian dilengkapi perincian pita velcro di mana, pemakai bisa menukar ganti label yang tertulis “Good Day”, “Bad Day”, “Extrovert”, “Introvert”, “Warrior” dan “Worrier” bagi menggambarkan perasaan mereka secara tulus.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [monki.com]. Boleh dapatkan koleksi kapsul “All the Feels” di semua cawnagan MONKI seluruh Malaysia.