Lebih sinonim andainya digelar Pesta Cahaya, Pavilion KL tahun ini membuat suatu kelainan dengan mengetengahkan hiasan dalaman gergasi berupa burung Merak sambil kelilingnya dihiasi ukiran kolam berwarna-warni untuk dinikamati para pengunjung menjelang Deepavali yang berlangsung esok.
Dari 1 hingga 14 November nanti, rasai pengalaman menarik apabila berpeluang merakam foto kenangan yang menakjubkan sambil berlatarkan binaan burung Merak setinggi 20 kaki yang berdiri megah di Centre Court Pavilion KL.
Untuk pengetahuan semua, ukiran kolam bagi masyarakat Hindu dipercayai bisa melambangkan kemakmuran serta tuah yang baik.
Pesta kolam dan warna-warni yang ada di Pavilion KL ini mengundang semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum mahupun bangsa untuk turut sama memeriahkan sambutan Diwali di tengah-tengah kota Metropolitan sambil berpeluang membeli-belah pelbagai item menarik yang ada ditawarkan di sekitar pusat membeli-belah.
Lebih mengujakan, pengunjung bisa temui pelbagai item yang bertemakan burung Merak termasuklah barang kemas, helaian fesyen, perhisan rumah, produk kecantikan dan banyak lagi dan setiap satunya dilengkapi aura Diwali untuk dijadikan koleksi mahupun ole-ole buat diri dan tercinta.
Bagi pemegang kad Maybank yang berbelanja pada jumlah RM1000 dan satu resit, kamu berpeluang mendapatkan cenderahati berbentuk mangkuk tingkat yang dihiasi cetakan burung merak untuk dijadikan koleksi berharga.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/PavilionKL].