Oleh kerana peka terhadap permintaan ramai, McDonald’s Malaysia baru-baru ini tampil mengumumkan bahawa menu Grilled Chicken Burger (GCB) sudah diperbaharui dengan seleksi ramuan terbaik. Ini termasuklah inti daging yang lebih berjus bahkan setiap satunya digril hingga sempurna untuk mendapatkan tekstur garing di luar dan empuk di dalam untuk lebih kenikmatan.
Tonton Teaser GCB The Grilled Gempak oleh McDonald’s Malaysia
https://www.youtube.com/watch?v=doyr1JzZ0tU
Bukan itu sahaja, pelanggan juga berpelung untuk merasai sendiri GCB dengan dua kali ganda kenikmatan apabila McDonald’s Malaysia turut mengetengahkan suatu pembaharuan apabila menawarkan Grilled Chicken Burger (GCB) Deluxe di mana, ianya lebih padat dengan inti mewah untuk tempoh terhad sepajang November ini.
Jangan terkejut tau! GCB Deluxe memiliki ramuan inti yang sedikit berbeza daripada GCB Original kerana ia diserikan dengan hirisan bawang manis, sayur campuran serta cili jalapeno untuk beri sensasi mengancam pada kepingan ayam gril.
Tak cukup dengan itu, McD turut menawarkan menu hidangan Chicken McNuggets yang bisa dicicah dengan dua jenis sos isteimwa iaitu berperisa Kari dan Keju Perancis.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/My.McDonalds].