Apabila bercakap tentang hantu, ia kedengaran agak mengarut. Namun begitu, Islam sendiri menggalakkan kita untuk mempercayai tentang kewujudan alam ghaib yang biasanya dikaitkan dengan misteri dunia dimensi lain -meskipun tidak nyata untuk dilihat dengan pandangan mata kasar manusia normal.
Masyarakat di sekitar Asia umumnya sering berkongsi kisah bahawasanya, tumbuhan-tumbuhan seperti pokok adalah tempat tinggal yang digemari makhluk halus. Baik iblis mahupun jin, rata-rata kisah yang kita dengar semuanya berlandaskan jalan cerita sama di mana, ada beberapaa jenis pohon yang sinonim menjadi tempat persinggahan hantu.
Untuk perkongsian berasama pembaca, Wanista senaraikan 7 jenis pohon berhantu penurut pengalaman si penggali kubur.
#1 Pokok Harum Sundal Malam
Menurut sumber, bau harum dari pohon berbunga yang satu ini menarik minat Pontianak untuk berada dekat dengannya sekaligus untuk tinggal berhampiran dengan habitat tumbuhan tersebut. Ingat, jangan ada yang berani mendekati wanita cantik pada waktu malam, lebih-lebih lagi andai wanita itu berbau wangi dan ditemukan berjalan seorang diri.
#2 Pokok Langsuir
Juga dikenali sebagai Pokok Sakat. Ini adalah sejenis pokok parasit yang sering menumpang hidup pada dahan pokok besar. Menurut sumber, nama pokok ini bukan sengaja diberi tanpa sebab tetapi sememangnya ia menjadi habitat kepada hantu wanita yang dipanggil Langsuir untuk hinggap dan bertenggek di atasnya.
Jangan keliru, Pontianak adalah hantu yang berbeza dengan Langsuir kerana Langsuir memang gemar duduk di pepohon tinggi.
#3 Pokok Ara/Beringin
Sering dijadikan tempat untuk memuja, pokok ini memang terkenal dengan keberadaan penunggu. Ramai orang yang ingin meminta nombor ekor atau membuang saka akan melakukan ritual di bawah rimbunan pohon ini di mana menurut sumber, sangat keras.
Ramai juga orang yang diculik makhluk halus akan ditemukan semula di celah-celah akar pokok Ara! Kalau berani, pergilah bermain di bawahnya.
#4 Pokok Kekabu
Ramai mengaitkan pokok kekabu dengan Pontianak atau lebih dikenali sebagai Kuntilanak bagi masyarakat di negara jiran.
Buah kekabu lazimnya diambil untuk dijadikan isi bantal yang empuk mahupun isi tilam setelah kulit buah kekabu dan bijinya dibuang.
#5 Pokok Ciku
Meskipun isi buahnya yang ranum bisa membuat ramai jatuh hati, pokok Ciku sangat terkenal sebagai tempat Pontianak atau Hantu Galah bersembunyi.
Orang tua-tua berpesan supaya elak diri mendekati pokok Ciku terutamanya sekitar waktu maghrib kerana waktu itu penunggu pokok Ciku sedang berkeliaran. Takut ada yang berminat untuk berkawan pula nanti.
#6 Pokok Bacang
Ada beranggapan, pokok bacang yang buahnya mirip seperti buah mangga ini merupakan tempat kegemaran Toyol untuk bersuka-ria. Sama ada betul atau tidak, hanya tuhan yang maha mengetahui.
Akan tetapi, orang tua-tua tak akan suka hati buat cerita kalau tak ada fakta yang boleh dipercayai betul tak?
#7 Pokok Sukun
Kalau kamu seorang penggemar kerepek, kamu mesti suka makan buah Sukun kan? Apa yang kamu tidak tahu adalah, pokok Sukun rupanya menjadi tempat kegemaran Pocong untuk bercanda. Agak-agak yang mahu melihat Pocong tu, bolehlah cari pokok Sukun ya…
Selama ini kita cuma dengar tentang kisah seram yang melibatkan pokok buluh dan pokok pisang semata. Siapa sangka tujuh pohon yang dijelaskan di atas tadi rupanya juga gemar dihuni oleh hantu dan jin sekalian alam.
Apa-apa pun, ada yang masih berani mahu bermain-main di pokok selepas ni?