Jujur penulis rasa pening dan nak termuntah melihat hasil seni yang diconteng pada muka dan badan wanita cantik ini.
Toma, 26, memberitahu dia menyukai seni sejak kecil lagi. Kreativitinya memuncak apabila menyedari bahawa kanvas terbaik adalah badan dan mukanya sendiri.
Selepas menamatkan pengajian dalam reka bentuk grafik di sebuah kolej di Vilnius, Toma memulakan kerjaya dalam seni solekan dan kemudian mula memupuk semangat untuk menghalusi bidang kesan visual dan gaya ilusi. Mekap adalah minat saya dan salah satu cara terbaik untuk menunjukkan kreativiti saya adalah berkongsi karya dengan orang lain. Menariknya setiap seni solekan seakan-akan timbul dan nyata. Memang cukup sempurna!
Anda terasa nak cucuk jari ke dalam lubang walaupun ia sebenarnya palsu bukan…
Serius penulis pening tengok teknik yang digunakan Toma untuk mekap yang ini.
Memang nak termuntah tengok…
Mimpi ngeri untuk yang muka jerawat… Penulis terkejut okay pertama kali melihat!
Takut tak?
Jadi saya boleh mengatakan bahawa seni solekan telah mengubah hidup saya menjadi lebih baik, dan saya harap ia akan terus berbuat demikian selama mungkin.
Nak lihat karya Toma, follow sahaja di Instagram @to.ska_mua/.