Sudah menjadi lumrah seorang wanita untuk kelihatan cantik sentiasa. Bahkan ada golongan yang mempercayai, memiliki aset yang besar termasuk payudara dan pinggul adalah sesuatu perkara yang patut dibanggakan sekaligus mengambil langkah pintas untuk membuat implan bagi ‘membesarkan’ bahagian-bahagian aset yang berkenaan agar kelihatan seksi.
Berlaku di Britain, seorang wanita yang dikenali sebagai Kimra Rogers berusia 50 tahun, telah dikesan menghidap lymphoma sekitar Mei 2016. Lebih menakutkan, menurut pakar yang merawatnya, kemunculan kanser ganjil itu adalah disebabkan implan payudaranya.
Kata sumber, Kimra pernah membuat implan payudara 14 tahun sebelum itu bagi membesarkan saiz payudaranya daripada Cup B ke Cup C.
PAKAR BEDAH TAK PERNAH BERI AMARAN
Jelas Kimra, sewaktu beliau memutuskan untuk membuat pembedahan plastik dahulu, pakar bedah tidak pernah langsung memberinya amaran tentang kesan buruk daripada membuat pembedahan plastik.
Pada awalnya keadaan tubuh Kimra adalah normal sampailah suatu hari, rambutnya gugur bahkan kulit tubuh dan wajah menjadi semakin kering. Lebih parah, terdapat bonggolan pada bahagian bawah lengan Kimra.
Sejak dari itu, Kimra sah menghidap barah jenis Lymphoma dan dia disarankan untuk melakukan beberapa sesi rawatan kimoterapi berserta radioterapi.
MENYESAL BUAT IMPLAN
Kini implan itu telah selamat dikeluarkan dan Kimra menasihatkan semua wanita di luar sana agar lebih berhati-hati dan fikir masak-masak sebelum melakukan implan payudara supaya tidak menerima nasib malang sepertinya.