Esok ada urusan penting yang memerlukan kamu untuk berdepan dengan orang ramai namun dalam masa yang sama, mata sembab sampai buat penampilan kamu kelihatan sangat serabai?! Ada je ubat yang boleh bantu hilangkan lingkaran gelap dan kantung mata (eyebag) dalam sekelip mata? Jawapannya ada di bawah…
Jenama kecantikan dari Singapura, The Face Inc telah sekian lama dikenali kerana produk penegangan wajahnya yang sangat efisyen. Ini termasuklah krim mata yang diberi nama Eye Lift
Percaya atau tidak, Eye Lift boleh menghilangkan bengkak, sembab atau kantung pada bahagian bawah mata kamu dalam masa hanya 30 saat! Secara mudah, kamu cuma perlu menyapu sedikit krim Eye Lift pada bahagian bawah mata yang terlibat dan lihat hasilnya yang ajaib. Memang berkesan.
Sejak dibangunkan pada 2015, The Face Inc sangat peka dengan keperluan wanita masa kini yang rata-ratanya menginginkan kesan pantas dalam penggunaan produk kecantikan. Lebih membanggakan, solusi Eye Lift ini dicipta sendiri oleh pakar-pakar klinikal yang bertauliah dengan gabungan teknologi semasa yang diiktiraf. Tiada lagi masalah wanita tertekan untuk menyembunyikan lagi kantung mata dengan concealer atau mekap.
Sapu sahaja Eye Lift dan ternyata, kantung mata akan beransur hilang tanpa kamu sedar. Untuk menghilangkan lingkaran gelap (dark circles), amalkan sapuan Eye Lift sekitar kawasan mata menggunakan jari manis dengan tekanan lembut satu arah selama 30 hari berturut-turut.
Eye Lift yang hadir dengan 16 ampul berharga RM350 ini bisa bertahan selama berbulan-bulan dengan setiap satu ampul yang boleh digunakan sehingga 3 hari lamanya. Untuk keterangan lanjut berkenaan rangkaian produk yang ditawarkan The Face Inc, layari [facebook.com/thefaceincmalaysia].
Baru-baru ini, The Face Inc membuka kaunter rasmi di aras bawah Robinsons, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Boleh kunjungi sendiri untuk lihat dan pelajari tentang seleksi produk yang ditawarkan.
All the best girls! ❤