Pernah tak anda terfikir, macam mana orang lain boleh bersiap kemas ke pejabat pada waktu pagi. Mekap dan rambut memang sentiasa on point. Kalau penulis mesti dah serabai seperti orang baru bangun.
Kalau anda punya masalah untuk mencari gaya rambut yang cantik dan elok untuk ke pejabat, mari Wanista tunjukkan.
Jangan risau, semua gaya ikatan rambut dibawah sangat mudah dan 5 minit pun dah boleh siap!
#1 Ikatan Puteri
Gaya ini buat anda tampak manis dan seperti rambut bertingkat dalam sekelip mata! Apa yang anda perlu ialah ikat sedikit rambut bahagian atas dan sisir rapi rambut belakang. Selain itu, anda boleh pelbagaikan gaya seperti mengikat tocang atau tambah aksesori rambut.
#2 Top Knot
Ini khas untuk anda yang dah tak sempat sangat. Jika dulu ia dipanggil rambut pokok kelapa, bunjut rambut comel diatas kepala. Gadis Korea paling ramai mengayakan, iyalah nak nampak comel kan.
#3 Ponytail
Kenapa nak susah-susah, kalau anda boleh ikat simple seperti ponytail. Untuk kemasan yang lama, jangan lupa untuk sembur sedikit hairspray.
#4 Sanggul
Anggun sahaja siapa yang menyanggul rambut. Mereka yang memiliki rambut panjang dan tidak sempat untuk bersyampu. Sanggul sahaja rambut anda, tiada siapa akan tahu. Cara paling mudah ialah menggunakan getah rambut yang tebal. Mulakan dengan mengikat rambut seperti rambut, kemudian lilit lebihan rambut pada getah dan kemaskan sanggul bersama pin.
#5 Tocang
Nak bergaya tapi memang tak sempat sangat? Cubalah teknik tocang atau gulungan pada rambut anda.
Selamat mencuba!