Kalau di Malaysia, semua orang impikan kulit wajah yang putih kemerahan. Tapi lain pula terjadi pada gadis berasal dari Sweden yang mengimpikan warna kulit sebaliknya.
Model Sweden telah dituduh “menghitamkan” diri sendiri selepas menyiarkan video tutorial mekap di mana dia dilihat menerapkan penggunaan warn asas yang lebih gelap dari warna mukanya yang sediakala putih.
Emma Halberg, 19, menjadi sensasi internet selepas mendedahkan bagaimana dia mendapatkan wajah glowing dengan menggunakan pembayang mata rona gold dan bukannya highlighter biasa.
Influencer yang kini mempunyai lebih daripada 170,000 pengikut di Instagram dan telah melancarkan saluran Youtube itu terusan membina kejayaan tapi sayangnya pengikut tidak dapat menerima penipuan yang dilakukan, apatah mahu menjadi orang lain.
Setiap tutorial mekapnya menerima kritikan daripada pengikut, ada yang merasakan dia sengaja berpura-pura menjadi orang kulit hitam atau campuran.
Menepis dakwaan haters, Emma barkongsi status bagi meredakan api yang panas dengan;
“Saya TIDAK menyamar sebagai orang yang berwarna seperti yang anda katakan, saya tidak pernah mencuba atau mahu kelihatan hitam, saya dilahirkan dengan rambut kerinting semulajadi dan kulit saya mudah menjadi gelap jika berada bawah matahari!”
Aduhai nak putih salah, nak hitam salah… Dah tu macam mana? Jadi diri sendiri je dikkk.