Mekap merupakan jalan terbaik untuk memberi penampilan yang menawan dan berseri. Walaupun wajah dalam keadaan yang tidak baik, tutupi dengan mekap adalah penyelesaiannya. Mood muram bertukar ceria jika dioles gincu, bekas parut boleh disembunyikan dengan concealer, mata ditambah maskara untuk beri penampilan yang galak dan pelbagai lagi.
Tapi yang buruknya tentang mekap adalah jika anda tidak mencuci dengan betul. Maksud mencuci dengan betul adalah menggunakan makeup remover yang sesuai dengan kulit dan tidak ditonyoh kasar pada kulit yang silap hari bulan boleh merosakkan kulit lagi.
Seperti terjadi pada seorang wanita Australia, yang mengaku selama 25 tahun tidak membersihkan maskara dengan betul sehingga membuatkan matanya rosak dengan teruk.
Teresa Lynch, 50, mendapatkan rawatan doktor sleepas dia mula berasa aneh di matanya. Sangkaan awal hanyalah kesakitan biasa, tetapi Dr Dana Robaei menemui sesuatu yang lebih buruk daripada stye.
Kajian menunjukkan Theresa mengalami “pigmen bertanda gelap di bahagian atas kelopak mata, dengan sebahagian mengikis melalui permukaan konjunktiva.” Pada dasarnya, beberapa sisa maskara bersarang di bahagian atas dalam matanya.
Lihat gambar di bawah berikut:
Terukkan? Selepas ni jangan main-main dengan mekap. Please cuci dengan betul!