Akhirnya pasangan Bollywood kesukaan ramai, Deepika Padukone dan Ranveer Singh sah bergelar suami isteri selepas melangsungkan perkahwinan dalam majlis tertutup di Lake Como, Itali.
Baca: Bakal Berkahwin, 5 Momen Paling Manis Ranveer Singh Lakukan Untuk Deepika Padukone
Sejak paparazzi menangkap hubungan mereka bersama tetapi lebih senang menarik tali dan akhirnya mengejutkan dunia dengan berita bakal menamatkan zaman bujang bersama, ternyata pasangan ini punya agenda tersendiri. Ironi sekali…
Setelah lama menanti, akhirnya Deepika dan Ranveer mengeluarkan gambar perkahwinan mereka selama dua hari di Itali. Dua gambar menunjukkan kedua-dua dalam sepersalinan tradisional India dikongsi mereka di Instagram pada petang Khamis semalam.
Tiada kapsyen yang diletak hanya emoticon jantung mudah untuk merungkaikan perasaan pasangan sama segak sama cantik ini. Ternyata perkongsian gambar menjadi viral dan dihujani pelbagai komen dan ucapan tahniah dari peminat dan selebriti serata dunia.
https://www.instagram.com/p/BqNF8gGh-os/?utm_source=ig_embed
Happy for you, #DeepVeer!