Ramai tak tahu sebenarnya baju branded lebih murah ada di Bundle!
Orang selalu salah faham yang Bundle ni kedai jual barangan terpakai, walhal bukanlah seperti yang ramai sangka. Bundle sebenarnya menjual barangan off-season.
Seperti di luar negara, koleksi pakaian dijual mengikut musim… Sebagai contoh apabila musim panas, baju pakaian musim sejuk semuanya akan dijual secara pukal dan dihantar ke negara-negara terplilih lain seperti ke Malaysia umpanya. Lalu, terjuallah baju-baju tersebut di kedai Bundle.
Khas buat semua, ini 5 Bundle terpilih yang banyak menjual pakaian wanita.
#1 Baden Baden Bundle @ Port Dickson
Sumpah, bundle ni best sangat! Setiap kali penulis bercuti di PD, bundle ni lah akan penulis singgah. Boleh kata, pilihan pakaian wanita di sini cantik-cantik tau. Dari helaian dress sampailah helaian baju-T. Rata-ratanya berjenama pula tu! Boleh cuba pergi dan selam sendiri nanti okay!
Alamat: No. 5, Kampung Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari dari 12 pagi hingga 12 malam
#2 JBR Bundle @ Shah Alam
JBR Bundle ini merupakan bundle yang sangat teratur dan unik. Terlalu banyak pilihan disini kerana semua pakaian dibahagikan mengikut department. Ada pakaian lelaki, perempuan, mainan, handbags dan branded items! Rugi tak datang!
Alamat: Jalan Penyelenggara U1/73, Hicom-glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Shah Alam, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari dari 10 pagi hingga 12 malam
#3 Bandoru Store @ Shah Alam
Kalau yang biasa lalu Federal Highway, mesti akan nampak kedai ini. Bandoru merupakan concept mall atau pusat membeli belah yang mengumpulkan barangan preloved, preowned dan original.
Kualiti barangan ini dijamin kerana straight daripada Japan. Harga yang murah dan pelbagai pakaian fesyen pastinya akan membuatkan anda rambang mata!
Alamat: Selangor PT7, Federal Highway Batu 3, 40150 Shah Alam
Waktu operasi: Isnin – Jumaat dari 10 pagi hingga 10 malam
#4 Jalan Jalan Japan @ Subang
Jalan Jalan Japan sangat sesuai untuk mereka yang gemar pakaian daripada Jepun! Ala-ala Jepun gituh! Pelbagai jenis pakaian di sini pasti akan buat anda rambang mata. Jom ramai ramai pergi!
Alamat: 1A Skypark One City, Jalan USJ 25/1, Subang Jaya
Waktu operasi: Setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam
#5 Jalan Raja Bot (JRB Vintage Market), Kuala Lumpur
Berderet peniaga-peniaga bundle menjalankan jualan di Jalan Raja Bot, Chow Kit. Dengan harga yang mampu milik dan berpatutan serta pilihan barangan yang banyak, anda pasti tidak akan kecewa.
Siapa yang belum sampai ke Jalan Raja Bot, boleh berkunjung ke sini!
Alamat: No 48 Jalan Raja Bot, Chow Kit, KL, 50300 Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu operasi : Jumaat & Sabtu dari 9 malam sehingga 4 pagi
Selamat membeli-belah semuanya! ❤