Tahukah kamu, Hailey Baldwin, wanita cantik yang juga isteri kepada Justin Bieber mempunyai 19 tatu.
Tidak seperti suaminya yang memilih corak besar dan bold, Hailey lebih kepada corak kecil yang minimalis yang tidak terlalu kelihatan. Agak tersorok tapi setiap satu memberi makna yang cukup sentimental dan berharga.
Selain mendedikasikan nama keluarga “Baldwin”, Hailey juga miliki tatu istimewa untuk BFF, Kendall Jenner.
#1 Tatu terawal berbentuk love di bahu dimilikinya pada April 2011.
#2 Lukisan “Baldwin” di jari hantunya.
https://www.instagram.com/p/5tP86LkoMA/?utm_source=ig_embed
#4 Tatu “Pray” direka oleh Kendall Jenner, menampilkan separuh perkataan di satu tangan dan separuh lagi di sisi lain. Apabila Baldwin meletakkan tangannya bersama, seolah-olah dia berdoa.
#5 Pada Mei 2016, Baldwin melukis tatu “Gentle” di pinggang yang bermaksud “orang” dalam bahasa Portugis.
#6 Hailey dan Kendall Jenner barkongsi tatu. Kedua-duanya miliki tatu berbentuk hati penuh dan patah di jari mereka. Hailey dilukis dalam dakwat merah manakala Kendall dakwat putih.
#7 Katanya tatu berbentuk pistol yang dilukis pada jari hantu bukan kegemaran Hailey. Agaknya kenapa ye?
https://www.instagram.com/p/_NX5EXlDPv/?utm_source=ig_embed
#8 Pada tahun 2015, Hailey melukis aanga Roman “VI-X-XC” di pergelangan tangannya, yang diterjemahkan ke tarikh “6-10-90” atau 10 Jun 1990. Tarikh itu merupakan ulang tahun perkahwinan ibu bapa Baldwin, Stephen dan Kennya Baldwin.
https://www.instagram.com/p/BDbwQMVFDCo/?utm_source=ig_embed
#9 Lukisan abjad “g” di belakang telinga punya cerita tersendiri. Hailey dedikasi kepada “Georgia”, anak perempuan pastor Baldwin, Chad Veach yang dilahirkan dengan sindrom gangguan otak disebut lissencephaly.
https://www.instagram.com/p/4BIet6lDIy/?utm_source=ig_embed
Kebanyakan lukisan tatu didedikasi kepada keluarga dan teman rapat. Sweet! Nak lihat banyak, sila rujuk sini.