Makin lama, makin merepek gaya penampilan yang ada di Malaysia ini. Terutamanya pada anak gadis yang baru nak berjinak-jinak dalam pengayaan.
Sejak kebelakangan ini, Wanista perasan tentang fashion starter pack yang mula menular dikalangan para gadis belasan tahun. Memang tidak ada salahnya untuk berfesyen namun gayanya tidak kena tempat.
Wanista kepilkan beberapa fesyen viral yang menjadi pilihan anak gadis sekarang. Btw, gaya fesyen ini Wanista tak setuju!
Selipar tumit tebal
Murah dan mudah didapati, malah banyak saiz ketebalan yang boleh dipilih. Wanista kurang faham motif fesyen selipar ini. Untuk tampak cantik pun tidak, hendak bagi keselesaan rasanya tidak juga.
T-shirt Gucci palsu
Bukan setakat Gucci, jenama Supreme, LV atau apa sahaja yang boleh diciplak akan dikenakan oleh mereka. Paling penting mereka sangat yakin memakai pakaian palsu. Aduhai…
Seluar sukan
Bukan sahaja top, bahagian bottom juga pun ada selarasannya juga. Kalau tidak seluar jeans skinny, mereka akan pakai seluar sukan berjalur putih.
Cuba pergi ke pasar malam, mesti ada yang berpakaian lengkap seperti diatas.