Jika bercerita tentang kecantikan memang tiada rahsia. Produk mana yang bagus dan sebagainya tapi kalau nak buka topik fasal tuala wanita ramai yang tutup mulut. Bukan apa, masing-masing segan nak berkongsi pendapat tentang jenama tuala wanita yang selesa.
Sebab ada yang berpendapat itukan soal peribadi namun bagi penulis tidak ada salahnya pun kalau hendak membuat ulasan dan berkongsi. Benda yang baik kita patut war-warkan sebabnya tuala wanita ‘rakan baik’ sewaktu kita semua datang bulan. Pastinya dua perkara yang menjadi keutamaan apabila memilih tuala wanita ialah selesa dan tidak cepat bocor!
Hari ini dengan rasa terbuka, penulis kongsikan lima jenama tuala wanita atau pad telah menjadi pilihan penulis sendiri.
#1 Libresse
Tak kisahlah pad untuk heavy flow atau biasa, saya penyerapan dari pad Libresse sangat pantas! Kalau ada heavy flow memang tidak rasa untuk menukar dengan kerap. Apa yang paling penting kapas pad sangat lembut dan tidak menyakitkan ‘si dia’.
#2 Sofy
Penulis suka pakai Sofy dari rangkaian Extra Dry Heavy Flow. Walaupun kapas pad ini sangat nipis namun mampu menyerap darah haid tanpa meninggalkan apa-apa kesan bocor. Pad Sofy ini juga tidak keras dan si pemakai bebas bergerak dengan selesa sampai lupa macam pakai pad. Serius!
#3 Carefree
Rekaan tuala wanita Carefree sesuai untuk wanita yang aktif. Ia tidak tebal dan memastikan pad sentiasa kering. Malah anda boleh bersukan walaupun memakai pad dengan Carefree. Pada pendapat penulis, pad Carefree sama seperti pad yang lain. Ia selesa namun kurang sesuai untuk heavy flow.
#4 Laurier
Tuala wanita dari Laurier ini menggunakan kapas sebenar yang mudah untuk dicuci. Mereka yang mempunyai normal flow boleh cuba pad Laurier. Ia nipis dan tidak meninggalkan kesan lembab. Namun apa yang penulis perasan, rangkaian tuala wanita Laurier mempunyai banyak pilihan untuk pad malam pada yang heavy flow.
#5 Whisper
Kalau hendak membeli jenama Whisper memerlukan bajet yang lebih sedikit. Sesuai dengan harga, pad Whisper boleh dikatakan pad mewah kerana ia menggantikan kapas biasa kepada gel air. Gel-gel tersebut menyerap darah sehingga tiada kesan namun kekurangan pad Whisper ia akan menjadi berat dan boleh terkoyak jika pergerakan terlalu aktif.
Antara lima diatas yang mana pembaca Wanista paling suka? Komen dibawah…