Kalau kita melihat menu lobster yang ada di restoran-restoran mewah umumnya, harga yang diletakan pasti berdasarkan pada berat udang tersebut.
Udang Kara sememangnya terkenal sebagai antara hidangan paling mewah dan mahal di dunia di samping rempah Safron dan cendawan truffle. Namun, ramai sebenarnya yang tidak tahu bahawa suatu ketika dahulu Udang Kara adalah makanan yang dihidangkan kepada banduan dalam penjara serta merupakan sumber makanan paling murah untuk si miskin.
Ini fakta menarik dan sejarah bagaimana harga Udang Kara bisa melabung tinggi, jom Wanista kongsikan bersama!
#1 Orang Eropah Pandang Jijik Udang Kara
Sebaik peneroka Eropah pertama tiba di Amerika Utara, mereka mengkhabarkan bahawa pesisir laut mereka telah dicemari dengan habitat Udang Kara atau Lobster ini. Hal itu membuatkan mereka berasa malu dan jijik yang menurut mereka, tinggi limpahan Udang Kara di pesisir pantai sekitar Eropah waktu itu boleh menjangkau hingga dua kaki!
#2 Udang Kara Digelar Lipas Laut
Melihatkan limpahan Udang Kara di sekitar pesisir laut Eropah era itu, ia sering dianggap sebagai Liaps Laut membuatkan ramai menghina makanan tersebut. Namun begitu, ia merupakan sumber makanan protein paling murah untuk ditangkap dan dinikmati orang-orang miskin.
#3 Sebagai Penyubur Tanaman
Tahukah kamu bahawa suatu ketika dahulu, Udang Kara digunakan sebagai penyubur tanaman oleh orang-orang kuno Amerika? Ada pula, orang-orang biasa menggunakan Udang Kara sebagai umpan untuk tangkap ikan. See, betapa murah dan tak bernilainya Udang Kara zaman dahulu kan?
#4 Makanan Popular Zaman Perang Dunia Ke-2
Setelah banyak mendapat banyak permintaan di Boston dan sekitar New York suatu ketika, Udang Kara terus mendapat tempat sebagai antara makanan premium dan paling mahal sewaktu zaman perang dunia ke-2. Waktu itu, hanya orang-orang elit mampu membeli dna menikmatinya sebagai menu hidangan paling mewah.
#5 Makanan Orang Diet
Setelah beberapa dekad, timbul pula kajian yang mendapati Udang Kara sebenarnya memiliki kandungan kolari yang rendah selari dengan kandungan kalori pada dada ayam tanpa kulit. Hal itu membuatkan harga Udang Kara menjadi lebih tinggi disebabkan permintaannya yang mendapat sambutan hebat!
Bela Udang Karang Libat Kos Tinggi
Jangan tak tahu, harga sekilo Udang Kara boleh mencapai hingga RM160 hingga RM200 bergantung pada kedai atau restoran yang menghidangkannya.
Menurut laporan Business Insider, perternakan Udang Kara memerlukan kos yang tinggi kerana jika tersilap langkah, ia akan menghasilkan ternakan Udang Kara yang boleh mendatangkan penyakit kepada individu yang memakannya. Bahkan, telur Udang Kara juga sukar untuk dibesarkan.
Di Asia terdapat satu ladang ternakan Udang Kara namun, spesis Udang Kara yang diternak di Asia ini memiliki isi yang agak liat berbanding spesis Udang Kara Amerika.
Untuk itu, banyak restoran atau peniaga lebih gemar menangkap Udang Kara liar yang asli dari laut dan itu menyebabkan harga Udang Kara sangat mahal.
Import-Eksport Udang Kara Mencabar!
Bukan boleh dijual dengan mudah, Udang Kara perlu dipastikan segar dan hidup untuk dijual. Oleh itu, kerja-kerja mendagang Udang Kara sangatt mencabar apabila si pengedar perlu memastikan bahawa Udang Karang perlu kekal hidup saat dieksport ke luar negara dan ia memerlukan oksigen yang cukup serta tempat yang sejuk dan lembab. Sekarang dah faham kenapa harga Udang Kara matang boleh mencecah RM850 seekor?
Tonton Video Shuib Terkejut Dengar Harga Udang Kara
https://www.youtube.com/watch?v=3CHPPEJMtW0
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua! ❤