Nak travel ni bukan sekadar untuk melawat tempat-tempat yang dipenuhi pemandangan cantik dan alam semula-jadi semata-mata namun, melawat ke lokasi yang menyimpan seribu satu nilai sentimental juga sebenarnya mampu menyalurkan lebih keseronokan serta keghairahan untuk meneroka bumi orang.
Jika kamu meminati idol K-Pop, pasti Korea adalah destinasi kunjungan yang paling utama kamu pernah impikan bukan? Bagaimana pula dengan ARMY sekalian?
Untuk menebarkan rasa teruja dalam hati si obsesi BTS seperti kamu, nah Wanista cadangkan 6 tempat yang wajib kamu lawati sebaik melangkah ke Seoul, Korea.
#1 VT Pink House
Diasaskan oleh pemilik sebuah jenama kosmetik Korea, VT. Jangan terkejut kerana seisi hiasan dalaman di kafe ini banyak mengetengahkan foto-foto dan poster BTS. Jadi, secara tidak langusng, kafe ini merupakan kafe bertemakan BTS!
Sambil-sambil makan manisan dan minuman enak tu, jangan lupa rakamkan selfie paling cun sambil berlatarkan foto-foto ahli BTS kegemaran kamu.
Tonton Video Papar Isi Dalam VT Pink House
#2 Kolam Renang Terbiar @ Seoul National University
Pernah tonton video prologue yang dimuatkan bersama dalam album “The Most Beautiful Moments in Life”? Nampaknya kamu perlulah rajinkan diri untuk berkunjung ke destinasi lawatan yang satu ini.
Biarpun kawasan kolam renang ini terbiar, ia sebenarnya salah satu lokasi suntingan utama dalam video drama pendek BTS tersebut. Ia memiliki aura misteri tersendiri tetapi penulis pasti yang kamu akan sukakannya.
Tonton Video “HYYH On Stage: Prologue” oleh BTS
#3 Laundry Pizza
Pernah lihat lembaran hadapan album BTS berjudul “Love Yourself: Her.”? Yup, kamu pasti akan jatuh hati dengan restoran pizza ini kerana di sinilah penggambaran lembaran hadapan album itu dilakukan.
Uniknya restoran ini adalah apabila dekorasi dindingnya berupa daun pintu mesin basuh, sekali pandang memang nampak seperti kedai dobi!
#4 Star Gallery @ Lotte Department Store
Merupakan antara destinasi wajib kunjung oleh peminat tegar kumpulan-kumpulan K-Idol sensasi, kalau kamu cukup beruntung hari itu, kamu pasti berpeluang melihat foto gergasi ahli-ahli kumpulan idol secara lebih dekat.
Bukan hanya menghidangkan para pelawat dengan wajah-wajah ahli BTS seperti Suga dan J-Hope tetapi juga Super Junior, TWICE, EXO dan ramai lagi!
#5 BT21 Line Store + Cafe
Sesuai untuk semua peminat BTS dari pelbagai peringkat umur, kafe istimewa ini turut menjual beberapa barangan edisi terhad. Sambil-sambil minum kopi tu jangan ketinggalan untuk cuci mata dan beli beberapa item barangan BTS ni. Nak buat kenang-kenangan apa salahnya kan… Dengar kata karakter-karakter LINE ni dilukis sendiri oleh ahli BTS.
Kalau rakam foto Instagram di sini pun cantik juga.
#6 &gather Cafe
Masih ingat lagi episod ke-45 “Run BTS!”? ARMY sekalian sememangnya wajib mengunjungi kafe hispter ini untuk merasai sendiri pengalaman realistik sebagai sebahagian ahli keluarga BTS.
Bukan itu sahaja, kamu juga dapat menikmati sendiri resepi-resepi kopi yang diramu ahli BTS tau! Kalau nak rasa kenalah datang…
https://www.youtube.com/watch?v=h-tn4fGLaE0
Bonus!
Hentian Bas BTS Dari Album YNWA
Sama seperti Laundry Pizza, hentian bas ikonik di daerah Gangneung ini suatu ketika dahulu pernah menjadi latar untuk penggamabran lembaran album BTS berjudul YNWA!
https://twitter.com/littlestartae/status/1012479959183560704?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1012479959183560704&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.sbs.com.au%2Fpopasia%2Fblog%2F2018%2F07%2F04%2Fsouth-korean-city-has-built-irl-bts-you-never-walk-alone-bus-stop
Dengar kata, hentian bas ini sengaja dibina semula oleh kerajaan tempatan untuk menjadi tarikan pelancong khususnya buat ARMY. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan untuk bergambar sakan di sini okay?
Ada sesiapa pergi Seoul, Korea hujung tahun ni? Jangan lupa singgah 6 tempat ni okay… Buktikan yang korang tu memang ARMY yang sejati! ❤