Sebelum ini, penulis ada menyenaraikan beberapa topeng muka paling terbaik untuk kulit jenis sensitif. Salah satunya adalah Miracle Mask CS12. Apa yang bagus tentang sheet mask ini, khususnya untuk si sensitif?
Baca: Jenis Kulit Sensitif Patut Pakai 5 Sheet Mask Ini!
Menggunakan kandungan premium semula jadi, CS12 berjaya menghasilkan penyelesaian klinikal untuk kulit kering dan bermasalah khususnya kulit sensitif. Miracle Mask adalah produk CS12 yang paling mendapat sambutan hangat.
Yang Menarik…
Miracle Mask merupakan topeng wajah sutera yang diperkaya dengan kandungan terbaik. Topeng wajah sutera melekap lebih baik di kulit berbanding topeng wajah biasa, membolehkan penyerapan nutrien lebih menyeluruh dan memberikan penggunaan yang lebih teliti. Mengandungi bahan-bahan dengan faedah antiradang seperti asid hialuronik, yang mencipta persekitaran sempurna bagi membersihkan sel-sel kulit mati, merangsang pertumbuhan sel-sel kulit baru dan mencegah kerosakan kulit akibat sinaran UV. Topeng wajah ini juga menyejukkan, bersesuaian dengan cuaca tropika Malaysia dan boleh menjadi penyelamat segera ketika kulit anda mengalami selaran matahari.
Dah Guna…
Penulis sendiri miliki kulit sensitif di mana jika terdedah kepada cahaya matahari kulit kerap menjadi kemerahan, pertumbuhan jerawat kecil dan rona tidak senada. Tapi selepas menggunakan Miracle Mask CS12, ternyata ia tidak merengsakan kulit malah terasa selesa, lembap dan bersinar sentiasa. Dan apabila keesokan harinya kulit masih terasa segar dan tiada pertumbuhan jerawat ringan atau kemerahan yang sering penulis alami jika menggunakan sheet mask dari jenama lain. Bukan itu sahaja, ia memperbaiki struktur kulit dari dalam secara perlahan selepas 2 hingga 3 kali penggunaan. Paling penting terasa yakin bila langsung tidak mengenakan solekan ketika keluar bekerja, cukup sahaja dengan sunblock.
https://www.instagram.com/p/BH4KqikBqv6/
Sempena musim perayaan ini, CS12 melancarkan edisi terhad Holiday Edition Miracle Mask boleh didapati secara istimewa dalam set sembilan keping topek wajah pada harga RM258. Untuk keterangan lanjut dan bagi membeli rangkaian produk CS12, layari laman web cs12skincare.com
Selamat Beramal!