Bila tiba masa untuk menanggalkan mekap, anda boleh guna banyak cara samada dengan micellar water, oil cleanser atau cleansing wipes.
Seperti biasalah nama produk kecantikan memang banyak sangat pilihan dari jenama high-end sehinggalah drugstore. Namun bagi penulis tidak perlu berhabis wang ringgit hanya untuk sehelai tisu. Kalau di farmasi memang terdapat pelbagai jenama yang menawarkan kauntiti pek cleansing wipes dengan harga yang berpatutan. Malah boleh mengikut kesesuaian kulit anda.
Mari kita sama-sama check cleansing wipes yang paling best untuk guna!
Bifesta Cleansing Sheet
Harga: RM7 – RM24
Penulis pernah guna tisu jenis oil cleansing dari Bifesta ini. Ia mampu menanggalkan mekap tebal dan maskara kalis air. Pembungkusan juga sangat kemas dan setiap pek mempunyai penutup khas supaya tisu terdedah dari udara.
Purederm Makeup Remover Wipes
Harga: RM9 – RM12
Tisu paling lembut dan menjimatkan kerana dari harga tersebut anda boleh dapat sehingga 30 helai tisu.
Nivea Cleansing Wipes
Harga: RM13 – RM20
Nivea perkenal cleansing wipes dengan losyen yang memberi kelembapan berpanjangan pada kulit muka. Sesuai juga digunakan untuk menanggalkan mekap mata, bibir dan semestinya seluruh wajah.
Simple Facial Wipes
Harga: RM18 – RM20
Bagi yang mempunyai masalah kulit sensitif, boleh cuba cleansing wipes dari jenama Simple. Malah semua produk dari jenama ini sesuai untuk mereka berkulit sensitif.
Biore Cleansing Wipes
Harga: RM25 – RM36
Sedikit pricey kerana Biore makeup remover dikatakan jenama nombor satu di Jepun! Tidak sama seperti pembungkusan jenama yang lain. Biore memperkenalkan kotak khas dimana pengguna boleh membeli refill dan masukkan kedalam kotak supaya dapat ditutup dengan kemas.
Penulis suka kalau cleansing wipes boleh tanggalkan maskara kali air. Memang puas!