Sebagai ibu bapa yang peka, hujung tahun inilah masa yang terbaik untuk bawa anak-anak beriadah sambil berseronok ke lokasi-lokasi tertentu betul tak?
Bagi yang kesuntukan masa untuk ke luar negeri umumnya, kini terdapat banyak pilihan lokasi menarik yang ada di Kuala Lumpur termasuklah tarikan baharu yang bertempat dalam puasat membeli-belah Avenue K dipanggil Superpark Malaysia ini!
Baru sahaja dilancarkan sekitar minggu lalu, Superpark Malaysia ini merupakan arena yang meliputi kawasan seluar 40,000 kaki persegi tau! Ia secara tidak langsung menawarkan 20 jenis stesen aktiviti sukan dalam bangunan menarik termasuklah Baseball, Flying Fox, Tube Slide (gelongsor), Gim Kanak-Kanak, Pedal Car Track dan banyak lagi!
Jangan tak tahu, kesemua aktiviti yang disediakan di dalam Superpark Malaysia ini mesra pengguna, selamat dan setiap stesen akan mendapat perhatian dari petrugas-petugas khas yang sedia menghulurkan bantuan buat pengujung yang memerlukan.
Sesuai untuk semua peringkat usia dari kanak-kanak hingga dewasa, pakej tiket masuk yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
Bagi memudahkan para pengunjung juga, ruang peti simpanan yang mencukupi serta rak kasut turut disediakan oleh kerana pengujung hanya perlu memakai stokin khas sepanjang bergerak aktif di dalam arena Superpark Malaysia ini.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/SuperParkMY] bahkan, para pengunjung juga boleh membuat tempahan dan pembelian tiket menerusi laman sesawang rasmi Superpark Malaysia di [superpark.com.my].
Untuk pengetahuan semua, Superpark adalah taman tema berkonsepkan arena yang sudah bertapak di Finland sejak 2012 dna kini ditawarkan di lebih lima buah negara lain termasuk Malaysia, Perancis, China, Baltics dan Sweden.
Jom jadi sihat, berseronok dan beraidah bersama sepanjang cuti sekolah ini di Superpark Malaysia!
Alamat: Unit 4-1, Level 4 Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10am hingga 10pm), Sabtu dan Ahad (9am hingga 9pm)