Makanan dan rakyat Malaysia memang tidak dapat dipisahkan. Jadi mana-mana pihak yang menjalankan perniagaan menjual makanan atau minuman di kaki-kaki lima tepi jalan sekalipun pasti tidak akan kerugian kerana memang sudah lumrah orang kita tanpa mengira bangsa memang gemar mencuba dan makan, lebih-lebih lagi jika makanan itu pernah viral.
Maklum sahajalah, zaman sekarang ini kalau ada makanan yang pelik sedikit atau apabila menu hidangan itu sedap rasanya, pasti ada individu yang akan berkongsi seterusnya menjadi strategi pemasaran percuma untuk si peniaga itu sendiri.
Untuk itu, jom kita imbau kembali beberapa makanan dan minuman yang pernah viral sepanjang tahun 2018.
#1 Nasi Ayam Kicap Cili Gesek
Suka makanan pedas? Kalau ya, cubalah Nasi Ayam Kicap Cili Gesek Power di Tiga Budak Gemok.
Ayam goreng mereka disaluti dengan pes bawang homemade yang dimasak dengan kicap super premium dan bawang karamel selama 3 jam.
Setiap hidangan nasi ayam kicap juga ada sambal yang pedas gilerrr kerana ia disedia dengan kombinasi cili padi dari Thailand, Vietnam dan tempatan (cili kampung).
MENU
- Nasi Tiga Budak Gemok – RM8
- Nasi Tiga Budak Gemok Double – RM13 (tambah ayam)
- Nasi Tiga Budak Gemok extra Montel – RM15 (tambah nasi, sambal dan ayam)
**Sambal lebih – RM1
**Ekstra ayam – RM11/mangkuk
Alamat: Kota Dame Foodcourt | Jalan Teknologi 3/2, Seksyen 3, Kota Damansara
Waktu Operasi: 6pm hingga 1am
#2 Rojak Sotong Jambo
Tengok gambar saja pun dah menggoda. Sotong bakar yang dijual di sini ada pelbagai saiz tau. Bolehpilih ikut cita rasa korang! Yang penting, sambal rojak dan tekstur sotongnya memang enak tak terkata. Boleh cuba sendir kalau lalu kawasan Masjid Tanah di Melaka.
Selain menu Rojak Sotong Jumbo, ada juga Mee Goreng Sotong yang istimewa untuk dicuba si peminat sotong. Harga ditawarkan mengikut berat sotong yang dipilih pelanggan.
Alamat: Batu 19 3/4, Kg Durian Daun, Masjid Tanah, 78300, Melaka
Waktu Operasi: 5pm hingga 10pm (Tutup hari Isnin)
#3 Teh Ais Dhaka
Katanya Dhaka Teh Ais ini adalah antara teh ais paling sedap yang korang mesti cuba. Rasa teh ais ni lebih padu daripada teh ais biasa tau. Pekat dan pasti melegakan rasa dahaga korang tu!
Alamat: Boleh cuba waze Dhaka Teh Ais di Kampung Delek, Klang
#4 Donut Montel
Dapatkan aneka perisa donut lembut dipanggil Donut Montel ni dari gerai Nana yang terletak di Jalan Semarak, KL. Lebih 10 perisa donut enak ditawarkan untuk kamu yang sukakan kuih manis.
HARGA
3 untuk RM1.50 (tanpa inti)
3 untuk RM2 (dengan inti keju atau coklat)
PERISA: Original/ Durian/ Blueberry/ Red Velvet/ Strawberi/ Kopi/ Coklat/ Keladi/ Pandan
Alamat: Waze guna nama MINDEF (Ministry Of Defence Malaysia). Gerai donut ni cuma seberang bangunan Kementerian Pertahanan tu.
Waktu Operasi: Dari jam 1pm hingga petang
#5 Kek Bajet RM10
Tercari-cari kek yang berharga mampu milik, comel lagi sedap? Cubalah Mini Kek Bajet dari Che Sue’s Bakery. Setiap biji hanya RM10! Walaupun harganya murah, setiap biji kek (saiz 5″) masih dihasilkan daripada bahan-bahan yang berkualiti tinggi dengan tangan.
PERISA: Pandan/ Vanilla/ Chocolate/ Orange/ Strawberry
Dekorasi setiap kek juga berlainan dan anda juga boleh pilih untuk menulis di atas kek untuk pelbagai acara istimewa seperti hari jadi, Hari Bapa/Ibu dan lain lain. Bagi mereka yang berminat, self pick up di kedai dan servis penghantaran pun ada.
Alamat: Che Sue’s Bakery @ Paradiso Cafe and Patisserie | Jln PJU 10/5B, Damansara Damai Sutera Square, 47810, Petaling Jaya
Waktu Operasi: 12pm hingga 11pm (Sabtu & Isnin) | 3.30pm – 11.30pm (Selasa – Jumaat) | Ahad cuti
#6 Medan Ikan Bakar Haji Musa
Musim cuti kan? Kalau anda sudah bercadang hendak melawat Melaka, bolehlah singgah ke Medan Ikan Bakar Hj Musa untuk makan seafood. Harga makanan lautnya mengikut harga pasaran, berat dan saiz. Ia juga termasuk caj memasak.
Medan Ikan Bakar Hj Musa terletak di tepi laut, oleh itu masa paling sesuai untuk datang adalah agak-agak pukul 7pm. Pelanggan boleh memakan makanan laut sambil menikmati pemandangan matahari terbenam di sini.
Alamat: Kompleks Nelayan Sungai Duyong, Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari dari jam 5pm hingga 11.30pm
#7 Roti John Titiwangsa
Ini adalah salah satu tempat makan malam yang terbaik di KL. Walaupun digelar ‘Roti John Titiwangsa’, gerai Roti John ini berada di Kampung Datuk Keramat.
Roti John di sini agak berlainan kerana ia disaji bersama French Fries dan rasa tuna juga tersedia. Tambahan pula porsi hidangan yang besar pada harga berpatutan, tak hairanlah kenapa ia disambut baik oleh pelanggan yang sanggup beratur untuk membelinya.
Untuk hidangan yang lebih puas hati dan mengenyangkan, anda juga boleh menambah topping berlainan seperti cheese, sausage dan fries lebih.
MENU (untuk Roti John pendek):
- Roti John Ayam – RM4
- Roti John Daging – RM4.50
- Roti John Tuna – RM4.50
- Roti John Special Tuna – RM5
TOPPING TAMBAHAN:
- Sausage – RM1
- Fries – RM0.50
- Cheese – RM3
Alamat: 188-C Lorong Keramat 13, Kuala Lumpur, Malaysia
#8 Putu Piring Chocolate Chip & Durian
Penggemar putu piring sekalian, kalau hendak merasa kelaianan, rasa putu piring cip coklat dan perisa durian yang ada ditawarkan Putu Piring Generasi Ke-3 ni okay?
Alamat: Berhadapan Kompleks Niaga, Jalan Limbongan, Kampung Limbongan, Melaka
Waktu Operasi: Tutup Isnin, Selasa hingga Jumaat dari 2.30pm hingga 6.30pm | Sabtu hingga Ahad dari jam 11.30am – 6.30pm
Masih tinggal sisa berapa hari lagi je sebelum masuk 2019, so kalau ada yang teringin nak cuba makanan-makanan viral ni bolehlah pergi ye… Selamat menjamu selera! ❤