Orang kata nak berfesyen, bergaya kenalah ikut pada usia.
Yang masih remaja tak perlulah sakan nak bertumit tinggi mengalahkan si dewasa, dan yang dah berusia kenalah ikut etika berpakaian. Rasanya tak sesuai usia sudah meniti 50-an tapi masih pakai gaun ropol-ropol yang dipakai kanak-kanak dan remaja.
Jennifer Lopez sekali lagi mencuri tumpuan ketika menghadiri premier filem Second Act di Four Seasons Hotel, Beverly Hills, California. Memilih gaun mini rona hitam dari Valentino Resort 2019 dipadankan bersama boot paras paha, ternyata mengundang negatif dikalangan netizen.
Memang cantik tapi ada netizen merasakan fesyen J.Lo yang sudah seperti remaja itu tidak sesuai dengan usianya. Pada mereka ada ‘semacam’ yang tidak kena di mata, sepatutnya di usia lanjut J.Lo memilih dress labuh atau suits. Walaubagaimanapun, ada juga yang suka dengan menyatakan J.Lo masih nampak menawan malah langsung tidak kelihatan seperti wanita 50 tahun, J.Lo selamanya forever young dan boleh pakai apa saja.
Tonton trailer Second Act akan berada di pawagam 21 Disember ini.
Apa kata korang? Okay ke tak gaun mini tersebut?