Anda kena pilih hendak bercuti jalan-jalan dengan selesa atau travel bergaya dengan kasut tumit tinggi?
Kalau ikutkan hati memang nak tampak bergayalah bila travel, baru sakan nak update gambar di Instagram. Namun penyesalan akan tiba bila kaki dah mula melecet dan lenguh sampai ke pinggang.
Jika anda mahukan percutian yang selesa tanpa ‘kesan sampingan’ lupakan tentang fesyen dan jauhi dari kasut yang biasa anda pakai.
Wanista senaraikan tiga kasut yang tak patut anda pakai atau bawa semasa bercuti.
#1 Selipar jepun
Tapak selipar yang nipis dan mudah ‘haus’ boleh membahayakan si pemakai, lebih lagi jika kerap dipakai. Memang selipar murah, senang didapati dan paling senang digayakan tapi anda kena ingat selipar mudah beri cedera. Ini kerana ia kekurangan dalam sokongan, kusyen dan penyerapan tekanan.
#2 Kasut ballet
Orang kata kasut ballet boleh menggantikan kasut tumit tinggi. Anda silap keselesaan kasut ballet hanya sementara. Pemakaian jangka lama boleh beri ketidakselesaan pada tumit terutamanya.
#3 Kasut sukan (toning)
Ramai yang yakin dengan kasut sukan beri keselesaan 100% tapi sebenarnya tidak. Secara anda tidak sedar ia boleh beri kesan kepada tumit, otot dan sendi jika dipakai terlalu lama.
Habis itu, nak pakai kasut apa?
Pilih lah kasut yang diasaskan untuk travel dan berjalan lama sebagai contoh kusyen kasut yang menyokong dan menyerap tekanan.
Selamat beramal!