Cuti sekolah, nak bawa anak-anak ke mana? Kalau tak ada idea, apa kata bawa keluarga ke Puteri Harbour Attractions untuk menghadiri acara Fun Escapade yang buat pertama kalinya diadakan di luar Lembah Klang.
Acara ini akan menampilkan konsert dan sesi bertemu peminat dengan watak-watak popular seperti Didi & Friends, Omar & Hana, Cam & Leon dan banyak lagi. Selain itu, terdapat juga pelbagai akiviti menarik untuk disertai anak-anak dan ibu bapa.
Yang Best
Mereka yang membeli pakej istimewa Family Fun Weekend (Pakej Keluarga Play4Fun berharga RM418 atau Pakej Berkembar Fun2Play berharga RM269) melalui http://www.kidxy.com/puteriharbour akan menikmati persembahan muzikal menarik yang menampilkan watak-watak terkenal seperti Omar & Hana, XTY Tong Tong, Cam & Leon serta Didi & Friends. Selain itu, mereka juga akan menerima Pasport Escapade untuk mengambil bahagian dalam 15 aktiviti baharu di SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN.
Jadi, jangan lepaskan peluang alami kemeriah pada hujung minggu ini 15 dan 16 Disember 2018 di SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN!