Nampak sekarang ini dah semakin ramai embrace tentang penggayaan natural makeup looks. Penulis juga sudah lama lupakan tentang cut-crease, strong contouring dan lukis kening. Cukup sahaja untuk naik seri dan paling penting tahu teknik menggunakan barang solek. Kelebihan mekap gaya natural ini ialah anda akan tampak muda, fresh, lembut dan tidak lapuk walau gambar sudah berabad lama.
Betul ke?
Penulis cuba buktikan dengan seleksi gambar wajah Mariah Carey yang tidak berubah mekapnya! Sambil sila teliti lihat bagaimana Mariah Carey mengekalkan signature mekap beliau ini.
Tumpuan utama yang diberikan untuk mendapatkan gaya mekap ini ialah memberi efek glossy pada bibir. Supaya anda sentiasa terlihat segar.
Perhalusi bingkai kening dan contouring anda. Tidak perlu melebih-lebih cukup syarat sahaja untuk menutup dan menaikkan seri pada bahagian tertentu.
Pilihan pembayang mata dan bulu mata palsu beri efek besar untuk mekap natural looks. Mariah Carey gemar menggunakan pembayang mata rona tanah, peachy dan sedikit shimmering. Bulu mata palsu pula tidak perlu yang mencanak hingga ke langit. Kalau anda memang punya bulu mata yang lebat dan panjang aliskan dengan maskara. Jika tidak tambah bulu mata palsu dengan stail wispies.
Tona bedak asas dan earthy-tone memainkan peranan yang besar dalam menghasilkan gaya mekap ini. Jadi jaga-jaga bila pilih warna foundation, pastikan senada dengan warna undertone kulit anda.
Gaya mekap sebegini lebih nampak mahal dan menyerlahkan lagi aura semulajadi. Serius talk okay!