Mesti ada diantara kita yang lebih suka memendam perasaan dan mengelak untuk bercerita tentang perihal emosi diri. Anda rasa selamat untuk tidak berkongsi apa jua kerana takut dihakimi oleh orang lain. Berapa ramai diantara kita yang berdiam diri apabila marah? Pasti ada…
Tapi tahukah anda? Disebalik sifat suka memendam ini rupanya boleh membawa kepada masalah mental dan emosi. Jika sebelum ini anda fikir mereka yang suka marah-marah atau menangis keterlaluan dalam mencurah emosi, anda silap. Mereka normal tapi tidak anda.
Anda bertindak over-rational kerana tidak mahu dikritik sebagai emosi dan ingin kelihatan cool.
Hakikatnya, perasaan dan emosi yang terpendam boleh ‘meletup’ jika secara fizikalnya anda tidak dapat menahannya lagi. Cuba anda fikir sebaiknya, sampai bila anda mampu untuk menolak jauh perasaan marah, sedih atau geram terhadap sesuatu perkara.
Malah secara hakikatnya anda menjadi seorang yang hipokrit, telah berapa banyak anda berpura-pura baik dengan individu anda menyampah, makan makanan yang tak ikut selera, ‘terlalu baik’ menjaga hati perasaan orang lain dan pelbagai lagi perkara negatif yang anda biar ia masuk dengan senang.
Jadi ia secara tidak langsung membawa kepada masalah depresi yakni kemurungan.
Apa yang patut anda lakukan?
Cuba terima dan memahami apa itu emosi. Belajar untuk mengawal perasaan bukannya memendam. Cari ahli keluarga atau rakan yang boleh mendengar masalah serta keluhan yang menimpa pada diri anda. Kita ini cuma manusia biasa, kalau robot sekalipun boleh rosak jiak diberikan tugasan yang membebankan.
Selamat beramal.