Setiap tahun pasti akan meninggalkan kira pelbagai memori suka dan duka.
Salah satu memori yang tidak akan dilupakan oleh semua orang ialah majlis perkahwinan. Tidak kiralah siapa dan bila pasangan berkahwina pasti ia akan sentiasa menjadi topik perbualan.
Yuna Zarai & Adam Sinclair
Tarikh: 26 Januari 2018
Dekorasi pelamin dan majlis pernikahan Yuna jadi viral! Pilihan tema english-tropical dari Yuna buat ramai bakal pengantin lain inginkan ilham yang sama sepertinya.
Shila Amzah & Haris Idraki Elias
Tarikh: 19 April 2018
Shila Amzah berani memakai gaun kembang bewarna hitam untuk majlis persandingan beliau.
Meghan Markle & Putera Harry
Tarikh: 19 Mei 2018
Tidak disangkal lagi, inilah wedding of the year!
Rose Leslie & Kit Harington
Tarikh: 23 Jun 2018
Bertemu di set Games of Throne, tak sangka dua pelakon ini telah membuat mimpi peminat drama tersebut jadi kenyataan.
Karlie Kloss & Joshua Kushner
Tarikh: 18 Oktober 2018
Diam-diam tanpa gossip cinta, supermodel terkenal Karlie Kloss dah jadi isteri orang. Tahniah!
Hailey Baldwin & Justin Bieber
Tarikh: pertengahan 2018
Masih belum mendapat kepastian yang sahih, tapi Hailey Baldwin telah menukar namanya kepada Hailey Bieber.
Nadiyah Shahab & Ben Ali
Tarikh: 10 November 2018
Pelakon cantik berwajah barbie-doll ini telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ben Ali, juga dari Singapura.
Deepika Padukone & Ranveer Singh
Tarikh: 14 November 2018
Power couple Bollywood baru ini menjalankan majlis perkahwinan secara besar-besaran di luar India.
Priyanka Chopra & Nick Jonas
Tarikh: 1 Disember 2018
Priyanka memakai layah sepanjang 75 kaki dan mengadakan dua upacara perkahwinan mengikut agama Hindu serta Kristian.
Tahun depan siapa pula ya?