Untung buat wanita pencinta kucing kerana anda adalah calon isteri ramai lelaki bujang di luar sana.
Betul ke? Baca artikel Wanista Alasan Kuat Kenapa Wanita Pencinta Kucing Terbaik Dijadikan Isteri
Siapa yang tak sukakan kucing. Sekarang sana sini orang memelihara haiwan peliharaan, orang kata dijadikan sebagai peneman di kala sunyi. Tidak terkecuali beberapa selebriti ini turut menghabiskan masa menjadi ‘ibu dan bapa’ untuk haiwan kesayangan mereka. Jangan tak tahu ada beberapa pets ini terlampau popular mengalahkan tuannya, sehinggakan tidak terlepas memiliki akaun Instagram sendiri dan jumlah pengikut sama banyak dengan akaun selebriti!
Tidak terhad kepada kucing sahaja, ini beberapa haiwan peliharaan yang sama popular macam tuannya bahkan miliki peminat juga.
BTS V – Yeontan
Nak tahu populariti anjing comel milik BTS V sama seperti BTS sendiri. Baru-baru ini, BTS V melakukan video VLIVE memperkenalkan anjingnya yang diberi nama Yeontan kepada Army. Siapa sangka video tersebut trending di semua platform media sosial serata dunia. Yeontan merupakan sejenis anjing dari baka Pomeranian.
Hanis Zalikha & Hairul Azreen – Bujibu Chempel
Kalau di Malaysia, kucing dari baka British Short Hair berasal dari Rusia milik pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini cukup terkenal. Popular sehingga miliki lebih 1.2 juta pengikut di Instagramnya sendiri. Hebatkan…
EXO Sehun – Vivi
Untung jadi haiwan peliharaan artis K-Pop sebab mereka popular sekelip mata. EXO Sehun memperkenalkan anjing kesayangannya Vivi kepada umum pada tahun 2016 dan sejak itu peminat ingin mengetahui perkembangan Vivi dari semasa ke semasa. Bukan itu sahaja, gambar Vivi mendapat like paling banyak di Instagram Sehun.
Taylor Swift – Olivia Benson & Meredith Grey
Bukan seekor tapi dua tau. Katanya kekayaan Taylor Swift diwarisi kuling peliharaannya sekali. Yang mana satu Olivia atau Meredith?
Baca: Yeke? Kucing Taylor Swift Haiwan Peliharaan Paling Kaya Di Dunia
Memahami bagaimana haiwan peliharaan menjadi sebahagian integral dalam kehidupan keluarga moden, PURINA melancarkan kempen ‘Make a PAWSitive Difference’untuk memperkasakan pemilik haiwan peliharaan dengan inovasi dan pengetahuan yang akan membantu mereka membuat pilihan yang lebih baik dan lebih bermakna, dan seterusnya membawa perubahan positif ke dalam kesihatan dan kesejahteraan haiwan peliharaan mereka.
PURINA akan membekalkan makanan haiwan peliharaan kepada PAWS (Persatuan Kebajikan Haiwan) untuk 100 haiwan peliharaan selama 100 hari, dengan harapan haiwan ini akan mendapat nutrisi secukupnya dan memastikan mereka kekal sihat. PURINA akan juga menyumbangkan 12% daripada jumlah jualan produk di laman Shopee dari 1 hingga 12 Disember 2018 kepada PAWS.