Syarikat kosmetik Korea Selatan ‘5149’ mencetuskan kontroversi selepas melancarkan topeng muka yang direka dengan wajah presiden Korea Utara, Kim Jong-un.
Menurut syarikat itu, ia telah menjual lebih dari 25,000 unit “Unification Moisture Nuclear Masks” sejak Jun, dengan harga 4,000 won (sekitar $4).
Apa yang menarik tentang topeng muka tersebut?
Sheet mask ini mendakwa mengandungi air pelembap dari Gunung Paektu, gunung berapi aktif di sempadan China-Korea Utara di mana lokasi Kim dan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in bergambar pada sidang kemuncak perjumpaan sekitar bulan September.
Sheet mask ini mempunyai kedua-dua wajah tegas dan senyum presiden Kim. Ia juga mengandungi slogan-slogan seperti “All hail moisture for all women of the North and South!” and “Paekdu Mountain spring water makes skin strong!”.
Walaubagaimanapun, terdapat pakar kecantikan yang mengecam tindakan syarikat 5149 yang menjual semata-mata untuk melariskan produk dan merasakan ia satu agenda politik secara tersirat. Dalam mempertahankan topeng muka tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif 5149, Kwak Hyeon-ju berkata bahawa dia mahu meraikan hari bersejarah sidang perjumpaan yang berlangsung beberapa bulan lalu.
Buat masa ini, tidak diketahui syarikat 5149 akan meneruskan penjualan sheet mask Kim Jong-un selepas mendapat kecaman hebat.
Agaknya bagus ke sheet mask ni?